Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan.

Perkembangan itu menyaksikan penghijrahan pimpinan dan akar umbi Bersatu ke Wawasan kini berlaku di ketiga-tiga bahagian Parlimen di negeri ini selepas Padang Besar dan Kangar.

Tindakan keluar parti di Arau diketuai Timbalan Ketua Bersatu Bahagian, Azrul Azhar Abd Ghani; Naib Ketua Bahagian, Som Bun Crem; Ketua Srikandi Bahagian, Nor Azida Mohd Azmi; Ketua Srikandi Muda, Zurin Zainon dan Naib Ketua Armada, Ahmad Safarin Ishak.

Turut mengambil langkah sama ialah keseluruhan jawatankuasa sayap parti di bahagian berkenaan serta 10 ketua cawangan.

Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Arau, Roshita Buyong berkata, keputusan tersebut dibuat susulan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan pusat parti berhubung pelantikan pengerusi negeri yang baharu.

“Kami tidak bersetuju dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Izizam Ibrahim sebagai Pengerusi Bersatu Perlis kerana ia dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan kepimpinan di peringkat akar umbi terlebih dahulu.

“Namun, harus dijelaskan bahawa tindakan keluar parti ini juga sebagai protes terhadap keputusan pimpinan pusat dan bukannya satu bentuk permusuhan peribadi dengan Izizam,” katanya di sini semalam.

Roshita berkata, kumpulan berkenaan turut mengambil keputusan untuk menyertai Wawasan selepas meninggalkan Bersatu.

Bagaimanapun, tindakan keluar parti itu tidak membabitkan Ketua Bersatu Bahagian Arau, Wan Zaidin Afthar Ishak; Setiausaha Bahagian, Wan Zikri Afthar Ishak yang juga ADUN Tambun Tulang serta ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Padang Besar, Ramzi Md Udi bersama sebahagian besar Ahli Jawatankuasa termasuk 14 daripada 24 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai Wawasan.

Di Kangar pula, pimpinan bahagian, jawatankuasa sayap serta 90 daripada 99 ketua cawangan turut mengambil langkah sama dengan meninggalkan Bersatu dan berhijrah ke Wawasan.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Wawasan kini menerima penghijrahan pimpinan dan jentera akar umbi Bersatu dari ketiga-tiga bahagian Parlimen di Perlis.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun