Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak membawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya, sebaliknya memberi tumpuan kepada amanah dan prestasi kerajaan kepada rakyat.

Mahfuz berkata, persoalan mengenai nama kerajaan tidak sepatutnya mengatasi perkara lebih penting, termasuk usaha menangani isu yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

“Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempersoalkan bagaimana ‘Kerajaan Perpaduan bertukar menjadi Kerajaan MADANI’ menunjukkan seolah-olah beliau lebih sibuk mempertikaikan nama kerajaan daripada melihat amanah dan prestasi kerajaan kepada rakyat.

“Kalau benar mahu politik matang, janganlah politik negara dilayan seperti budak-budak berebut nama kumpulan permainan,” katanya dalam kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP) hari ini.

Beliau berkata, prinsip menghormati janji dan persefahaman perlu diterapkan kepada semua pihak, termasuk UMNO sendiri.

“Zahid berkata, ‘Jangan bina persefahaman pada waktu siang, tetapi menjatuhkan rakan pada waktu malam.’

“Nasihat itu baik. Tetapi saya ingin mengingatkan bahawa jangan hanya suruh orang lain melihat cermin. Diri sendiri juga perlu berani melihat cermin sendiri,” katanya.

Mahfuz berkata, kerjasama dalam Kerajaan MADANI tidak bermaksud semua parti perlu mengetepikan identiti masing-masing.

“UMNO tetap UMNO, Amanah tetap Amanah dan parti-parti lain tetap dengan identiti masing-masing.

“Tetapi apabila duduk dalam satu kerajaan, amanah kepada rakyat mesti lebih besar daripada kepentingan parti,” katanya.

Menurutnya, rakyat lebih berkepentingan terhadap perancangan masa depan, usaha mengawal kos sara hidup, bantuan untuk meringankan beban, pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, usaha memerangi rasuah dan pengukuhan institusi negara.

“Rakyat hari ini tidak begitu peduli sama ada papan tanda kerajaan itu dipanggil Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI atau apa sahaja.

“Rakyat mahu tahu apa perancangan masa depan untuk rakyat, boleh kawal kos sara hidup atau tidak, apa bantuan untuk ringankan rakyat, ekonomi berkembang atau tidak, peluang pekerjaan bertambah atau tidak, rasuah diperangi atau tidak, institusi negara diperkuat atau tidak dan kehidupan rakyat bertambah baik atau tidak.

“Itulah ukuran kerajaan,” katanya.

Mahfuz berkata, perubahan nama dan pendekatan kerajaan boleh berlaku, namun amanah kepada rakyat tidak seharusnya berubah.

“Kalau sebuah rumah dicat semula tetapi penghuninya lebih selesa, apakah perlu bergaduh tentang warna cat?

“Yang penting rumah itu kukuh, tidak bocor dan penghuninya selamat. Begitu juga kerajaan. Nama boleh berubah. Pendekatan boleh diperbaharui. Tetapi amanah kepada rakyat tidak boleh berubah,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Ahmad Zahid mengenai perubahan daripada Kerajaan Perpaduan kepada Kerajaan MADANI juga tidak sepatutnya dibesar-besarkan.

“Orang dewasa bercakap tentang masa depan negara. Budak-budak bergaduh tentang nama permainan. Jangan bawa politik seperti itu ke Putrajaya,” katanya.

Mahfuz turut mengingatkan bahawa pemimpin bukan sahaja terikat dengan janji, malah mempunyai amanah terhadap rakyat.

“Manusia diikat dengan janji, tetapi pemimpin diikat dengan amanah rakyat.

“Malaysia bukan milik UMNO, bukan milik mana-mana parti. Malaysia milik rakyat,” katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya parti politik berlumba-lumba membuktikan sumbangan masing-masing kepada rakyat, berbanding memberi tumpuan kepada perebutan kuasa.

“Sudah sampai masanya politik Malaysia berhenti bermain tarik tali kuasa dan mula berlumba-lumba membuktikan siapa paling banyak berbakti kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 mempersoalkan perubahan istilah Kerajaan Perpaduan kepada Kerajaan MADANI, selain mengingatkan rakan dalam kerajaan supaya menghormati persefahaman dan janji yang dipersetujui.

Beliau turut mengingatkan supaya tidak berlaku keadaan pihak yang membina persefahaman pada waktu siang tetapi menjatuhkan rakan pada waktu malam.

Related Posts

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PERKEMBANGAN terkini dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menimbulkan persoalan besar yang perlu dijawab oleh Pas, iaitu sama ada parti itu benar-benar berkeupayaan memimpin sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan