Kerajaan Sabah disaran pertimbang penyediaan air minuman bersih percuma di sekolah

BELUARAN – Kerajaan Sabah disaran mempertimbangkan penyediaan kemudahan air minuman bersih secara percuma di sekolah di seluruh negeri, khususnya bagi sekolah luar bandar dan kawasan pulau.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, penyediaan kemudahan berkenaan penting bagi memastikan kebajikan serta keperluan asas murid terjamin sepanjang berada di sekolah, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Beliau berkata, cadangan itu turut mengambil kira keadaan sebahagian murid yang berdepan kekangan kewangan untuk membeli minuman di sekolah.

“Kadang-kadang ibu bapa hanya memberi RM3 kepada anak. Untuk membeli nasi lemak dan mi goreng di sekolah pun sudah memerlukan perbelanjaan, jadi tidak banyak lagi yang tinggal untuk membeli air minuman.

“Ada juga murid yang membawa air dari rumah, tetapi bekalan itu kadang- kadang tidak mencukupi,” ujarnya semasa ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja dan meninjau tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balaban Jaya, di sini, pada Isnin.

Tambah James, kemudahan air minuman bersih itu tidak seharusnya hanya disediakan di sekolah tertentu, sebaliknya wajar diperluaskan ke seluruh sekolah di Sabah.

“Kita minta supaya perkara ini dilaksanakan di seluruh Sabah, melibatkan kira-kira 1,300 sekolah.

“Jika boleh, kita letakkan sekurang-kurangnya satu mesin air di setiap sekolah.

“Paling tidak, anak-anak kita mempunyai akses kepada air minuman dan bekalan air yang bersih, terutama mereka yang berada di kawasan pulau,” ujarnya.

James turut berharap Kerajaan Sabah dapat mengambil inisiatif berhubung penyediaan kemudahan berkenaan sementara menunggu perkara berkaitan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Related Posts

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

MUKAH – Usaha menyemai semangat kenegaraan serta meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan generasi muda terus diperkasa menerusi penganjuran Program Jiwa @ Komuniti sempena bulan kebangsaan. Program yang menghimpunkan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Sarawak melakar kelainan tersendiri pada tahun ini apabila julung kalinya menyelitkan pengisian majlis kesyukuran rentas agama.   Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akmal Saleh sebak kenang pemimpin Pemuda UMNO yang telah pergi selamanya

Akmal Saleh sebak kenang pemimpin Pemuda UMNO yang telah pergi selamanya

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu