SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan salah guna kuasa membabitkan pelantikan pemaju sebuah projek di Kuala Lumpur dan penjualan tanah milik FELDA membawa kepada penahanan seorang bekas pengarah besar agensi itu bergelar ‘Datuk’.

Lelaki berusia lewat 60-an itu direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan SPRM.

Individu terbabit tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya pada jam 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM.

Beliau ditahan kira-kira jam 4 petang semalam selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini bagi memberikan keterangan berhubung siasatan itu.

Kes berkenaan turut membabitkan seorang lagi individu yang ditahan berkaitan dakwaan ketidakaturan dalam penjualan tanah milik FELDA.

Kedua-duanya disyaki terbabit dalam urus niaga penjualan tanah milik badan berkanun itu kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan berkaitan dengan pemaju berkenaan.

Penjualan tanah berkenaan didakwa dilakukan tanpa pengetahuan lembaga pengarah FELDA serta anak syarikatnya.

Siasatan turut memberi tumpuan kepada dakwaan salah guna kuasa dalam pelantikan pemaju bagi sebuah projek di Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan kesalahan berkaitan meminta, menerima, memberi atau menawarkan suapan sebagai dorongan atau ganjaran berhubung sesuatu transaksi atau perkara.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 16, individu terbabit boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, mengikut Seksyen 24 akta sama.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Related Posts

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

PELAJAR perlu diberikan pendedahan mengenai kesalahan jenayah dan implikasi undang-undang supaya mereka memahami keseriusan sesuatu tindakan, khususnya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan bunuh. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM