Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan penamatan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak selepas mengambil kira keadaan kualiti udara yang semakin baik di kawasan berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak, Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg dan agensi berkaitan.

Menurut kenyataan itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian kini tidak lagi berada pada paras bahaya yang boleh mengancam keselamatan serta kesihatan orang ramai.

Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak belum pulih sepenuhnya apabila beberapa kawasan masih mencatatkan bacaan IPU pada tahap amat tidak sihat.

“Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi dan penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau perkembangan kualiti udara di kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Related Posts

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan salah guna kuasa membabitkan pelantikan pemaju sebuah projek di Kuala Lumpur dan penjualan tanah milik FELDA membawa kepada penahanan seorang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

KENYATAAN Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga tidak dapat diterima oleh masyarakat. Ucapan itu mendapat perhatian Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini