‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

KENYATAAN Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga tidak dapat diterima oleh masyarakat.

Ucapan itu mendapat perhatian Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyatakan, bahawa Pas sememangnya mempunyai hak untuk meminta rakyat menyokong dan mengundinya dalam pilihan raya, namun parti politik tidak pernah diberikan mandat oleh Allah SWT untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga.

Menurutnya, syurga adalah milik Allah SWT dan bukan sesuatu yang boleh dijadikan tawaran atau modal untuk mendapatkan sokongan politik.

“Syurga bukan milik Pas. Syurga milik Allah. Jangan sampai Pas berlagak seperti penjaga pintu syurga, siapa pangkah Pas dibukakan pintu, siapa tidak pangkah pula disuruh menunggu di luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz turut mempersoalkan asas untuk mengaitkan satu undi kepada Pas dengan ganjaran akhirat.

“Sejak bila kertas undi menjadi pasport ke akhirat dan sejak bila sebuah parti politik diberi kuasa menentukan destinasi akhirat manusia?” soalnya.

Beliau berkata, Islam mengajar bahawa kedudukan manusia di sisi Allah SWT ditentukan berdasarkan iman, takwa, amal soleh, keadilan dan amanah serta rahmat Allah SWT, bukannya warna bendera, logo parti atau nombor calon pada kertas undi.

Katanya, kenyataan sedemikian juga boleh menimbulkan persepsi bahawa orang Islam yang memilih parti lain seolah-olah berada di jalan yang salah atau tidak mendapat tempat dalam soal akhirat.

“Kalau undi Pas tiket ke syurga, apa pula nasib orang Islam yang tidak undi Pas?

“Kalau jadi ahli, undi dan sokong Pas membawa ke syurga, adakah orang Islam yang tidak menjadi ahli, tidak mengundi dan tidak menyokong Pas akan dianggap masuk neraka?” katanya.

Mahfuz pada masa sama menegaskan bahawa Pas tidak boleh disamakan dengan Islam kerana Islam mempunyai kedudukan yang jauh lebih luas daripada mana-mana parti politik.

“Pejabat Pas bukan kaunter imigresen akhirat. Tunjuk sijil ahli Pas dan undi Pas dapat cop syurga.

“Pas bukan Islam. Islam jauh lebih besar daripada Pas,” katanya.

Menurutnya, jika politik benar-benar mahu dijadikan perjuangan Islam, tumpuan seharusnya diberikan kepada isu amanah, keadilan, rasuah, kemiskinan, pendidikan, kebajikan rakyat dan akhlak dalam pemerintahan.

“Kalau mahu menjadikan politik sebagai perjuangan Islam, tunjukkan dengan pentadbiran dan perbuatan, bukan dengan mendakwa sokongan kepada parti sebagai tiket akhirat,” katanya.

Mahfuz turut mengingatkan semua pimpinan politik supaya tidak menggunakan agama sebagai senjata politik semata-mata untuk meraih kemenangan pilihan raya.

“Parti boleh meminta undi, tetapi parti tidak boleh menjual syurga.

“Parti boleh mendakwa membawa Islam, tetapi jangan sampai mengambil alih tempat Allah dalam menentukan siapa yang mendapat syurga,” katanya.

Beliau berkata, dalam sistem demokrasi, rakyat menentukan siapa yang memerintah melalui undi, manakala dalam soal akhirat hanya Allah SWT yang menentukan siapa mendapat rahmat dan syurga-Nya.

“Maka saya menyeru semua parti politik, khususnya parti yang membawa nama Islam, agar berpolitik dengan akhlak dan tawaduk.

“Jangan kerana mahu menang pilihan raya, syurga dijadikan umpan dan agama dijadikan senjata.

“Undi rakyat jangan diperdagangkan dengan janji syurga. Syurga bukan milik Pas. Syurga milik Allah,” katanya.

Related Posts

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan salah guna kuasa membabitkan pelantikan pemaju sebuah projek di Kuala Lumpur dan penjualan tanah milik FELDA membawa kepada penahanan seorang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan penamatan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak selepas mengambil kira keadaan kualiti udara yang semakin baik di kawasan berkenaan. Pejabat Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun