Tandukan Haaland beri tiga mata berharga untuk City ke atas Coventry

ERLING Haaland meneruskan permulaan sempurna Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, namun anak buah Enzo Maresca terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan yang baru dinaikkan ke EPL, Coventry di Stadium Etihad, malam tadi.

Maresca berpeluang menurunkan Enzo Fernandez dan Iliman Ndiaye selepas kedua-dua pemain itu melengkapkan pembelian yang menjadikan City sebagai kelab dengan perbelanjaan perpindahan tertinggi dalam sejarah, iaitu £460 juta (RM2.59 bilion), bagi memperkuat skuad selepas sedekad era Pep Guardiola.

Era Maresca bermula dengan tiga kemenangan berturut-turut dalam EPL, namun persembahan City kali ini jauh daripada sempurna apabila tuan rumah memerlukan dua aksi menyelamat lewat Gianluigi Donnarumma bagi menghalang Coventry daripada meraih mata pertama mereka di liga utama selepas 25 tahun.

Tandukan Haaland pada pertengahan babak pertama menjadi penentu kemenangan, sekali gus menghasilkan gol ketiganya dalam tiga perlawanan musim ini.

Fernandez pada awalnya dijangka memulakan perlawanan dari bangku simpanan selepas melengkapkan perpindahan £125 juta (RM704 juta) dari Chelsea, menyamai rekod perpindahan EPL.

Bagaimanapun, kecederaan dialami Nico O’Reilly ketika sesi pemanas badan menyebabkan pemain Argentina itu terus disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Ndiaye turut membuat penampilan sulung bersama City apabila diturunkan Maresca bersama Haaland, Antoine Semenyo dan Rayan Cherki untuk membentuk kuartet serangan yang cukup menggerunkan.

Coventry sebelum ini gagal menjaringkan gol dalam tiga kekalahan berturut-turut selepas kembali ke liga utama buat kali pertama dalam tempoh lebih dua dekad.

Related Posts

City kalahkan Liverpool 3-0

MANCHESTER City membalas sambutan dingin penyokong tuan rumah di Anfield dengan menewaskan Liverpool 3-0 hasil jaringan babak kedua Erling Haaland, Jeremy Doku dan Rayan Cherki, sekali gus mengekalkan rekod sempurna…

Lebih lanjut

teruskan membaca
United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

MICHAEL Carrick mengakui Manchester United perlu lebih bijak mengawal permainan dan memiliki mentaliti lebih kental selepas sekali lagi mensia-siakan kelebihan, kali ini ketika diikat Tottenham Hotspur 1-1 di Old Trafford,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Belanjawan 2027: Pekerja gig harap pendapatan, kebajikan lebih terjamin

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Penduduk Ulu Mentawai kini nikmati akses jalan darat

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Program SYStartUP buka ruang belia bina potensi keusahawanan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan

Kebajikan, kesihatan warga emas perlu terus diberi keutamaan