BSMM wadah perkasa kemahiran, kepimpinan belia terhadap masyarakat

SIBU – Penglibatan golongan muda dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) membuka peluang kepada mereka untuk menguasai kemahiran pertolongan cemas, di samping membentuk nilai kepimpinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pendedahan menerusi latihan resusitasi kardiopulmonari (CPR), pertolongan cemas dan teknik asas menyelamat membolehkan golongan muda bertindak dengan lebih tenang dan teratur apabila berhadapan situasi kecemasan.

“Kemajuan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) membawa pelbagai perubahan dalam kehidupan.

“Namun pengetahuan serta keupayaan manusia untuk memberikan bantuan awal tetap mempunyai peranan penting, terutama sebelum bantuan profesional tiba,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee ketika merasmikan Konvensyen BSMM Peringkat Negeri Sarawak 2026 di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Jelasnya lagi, ahli muda BSMM tidak seharusnya melihat penglibatan mereka dalam organisasi itu sekadar sebagai aktiviti kokurikulum atau pelengkap rekod sekolah, sebaliknya memanfaatkan peluang tersebut untuk membina sahsiah, disiplin dan nilai kemanusiaan.

Katanya, pengalaman melalui aktiviti kesukarelawanan, kerja berpasukan dan latihan kemanusiaan turut memberi ruang kepada golongan muda untuk belajar memimpin, memikul tanggungjawab serta membuat keputusan dalam pelbagai keadaan.

Beliau turut menyeru BSMM Cawangan Sarawak agar terus memperkasakan program belia dengan memberikan peluang dan kepercayaan kepada ahli muda untuk memimpin serta terlibat dalam perkhidmatan kemanusiaan dan kesiapsiagaan bencana.

Kira-kira 200 kadet muda BSMM dari seluruh Sarawak menyertai konvensyen berkenaan yang turut menjadi platform untuk memperkukuh kemahiran dan membina jaringan persahabatan.

Foto: Facebook rasmi Malaysian Red Crescent Society Sibu

Related Posts

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

LUMUT – Tindakan sebuah vesel pukat tunda Kelas C menggunakan mata pukat berukuran kurang daripada 38 milimeter membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

KUCHING – Majlis Kebajikan Sosial Sarawak (SWCS) merayu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar menyemak semula kelayakan kenderaan institusi kebajikan di bawah program subsidi bahan api…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026