Usaha Rashid luruskan fakta RCI TH satu tanggungjawab moral, wajar dihargai – Penganalisis

USAHA Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain untuk tampil menjelaskan secara terbuka proses keterangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH, khususnya berkaitan isu sepina terhadap bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad wajar dihargai.

Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, penjelasan Abdul Rashid penting kerana beliau bukan sekadar memberikan pandangan umum, sebaliknya merujuk kepada rekod prosiding yang boleh disemak bagi menjelaskan perkara yang dipersoalkan.

Katanya, berdasarkan penjelasan Abdul Rashid, Madinah telah disepina untuk hadir memberikan keterangan pada 3 Jun 2022 dan turut diberikan 75 soalan yang dijawab melalui akuan berkanun serta direkodkan sebagai pernyataan saksi.

“Kesediaan Tan Sri Abdul Rashid untuk tampil menjelaskan perkara ini penting kerana apabila integriti sesebuah RCI dipersoalkan, individu yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai proses itu mempunyai tanggungjawab moral untuk menjelaskan fakta yang diketahuinya.

“Penjelasan beliau menjadikan perbahasan ini lebih substantif kerana ia bukan lagi sekadar persoalan siapa berkata apa, tetapi apa yang ditunjukkan oleh rekod,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Ahad.

Awang Azman berkata, percanggahan kenyataan antara Abdul Rashid dan Madinah perlu dinilai berdasarkan dokumen serta rekod rasmi prosiding, bukannya bergantung kepada ingatan atau persepsi individu.

“Prinsipnya mudah, dokumen mesti mengatasi memori dan rekod institusi mesti mengatasi persepsi individu.

“Untuk menentukan fakta, kita perlu melihat sepina, tarikh kehadiran, surat-menyurat, minit prosiding, 75 soalan yang dikemukakan, akuan berkanun serta rekod saksi yang diterima RCI,” katanya.

Beliau berkata, perlu dibezakan antara dakwaan seseorang tidak diberikan peluang menjawab dengan keadaan seseorang tidak memberikan keterangan secara lisan seperti yang diharapkan.

Katanya, kedua-duanya membawa maksud berbeza dan perlu dinilai berdasarkan keseluruhan kronologi prosiding.

Pada masa sama, Awang Azman berkata, persoalan mengapa pemeriksaan lisan Madinah pada 3 Jun 2022 akhirnya tidak diteruskan masih wajar diperjelaskan bagi melengkapkan gambaran sebenar proses berkenaan.

“Sekiranya rekod menunjukkan sepina dikeluarkan, 75 soalan dikemukakan dan jawapan melalui akuan berkanun diterima sebagai sebahagian daripada rekod, fakta ini perlu diketahui masyarakat supaya penilaian terhadap RCI dibuat secara lebih adil.

“Namun, keseluruhan kronologi dan rekod prosiding perlu dibandingkan secara terbuka supaya tidak timbul kesimpulan yang hanya bersandarkan satu pihak,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan berasaskan dokumen penting bagi memastikan perbahasan mengenai RCI TH tidak bertukar menjadi pertarungan naratif politik.

“TH terlalu penting kepada umat Islam untuk perbahasan mengenai institusi ini ditentukan semata-mata oleh pertarungan naratif.

“Sebaliknya, kita perlu kembali kepada fakta, rekod dan proses supaya integriti RCI serta keyakinan masyarakat terhadap institusi itu dapat terus dipelihara,” katanya.

Isu itu tercetus selepas Madinah dilaporkan berkata, beliau hadir ke prosiding RCI selepas menerima sepina untuk memberikan keterangan, namun tidak dipanggil masuk dan kemudiannya diminta pulang.

Abdul Rashid yang juga anggota RCI berkenaan kemudian menjelaskan bahawa Madinah sebenarnya telah disepina untuk hadir pada 3 Jun 2022.

Menurut beliau, Madinah memohon untuk hadir bersama Timbalan Pengarah Audit Kewangan Jabatan Audit Negara ketika itu, Dr Mona Othman, namun permintaan itu tidak dipenuhi kerana tatacara RCI menetapkan setiap saksi diperiksa secara individu.

Abdul Rashid turut berkata Mona sudah memberikan keterangan kepada RCI pada 2 Jun 2022, sehari sebelum tarikh Madinah dijadualkan hadir.

Beliau kemudian mendedahkan Madinah turut diberikan 75 soalan oleh RCI untuk dijawab secara bertulis melalui akuan berkanun dan jawapannya direkodkan sebagai pernyataan saksi.

Madinah bagaimanapun menafikan pernah meminta untuk memberikan keterangan bersama Mona, sebaliknya menjelaskan pegawai itu hanya berada di luar bilik prosiding sebagai persediaan sekiranya diperlukan bagi menjawab perkara teknikal berkaitan TH.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun