Perpaduan kukuh asas negara aman, tarik pelabur – Hisyamuddin

KULIM – Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum perlu terus dipelihara dan dipupuk bagi memastikan keamanan serta kestabilan negara kekal terjamin.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Malaysia (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, program yang menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai bangsa merupakan contoh terbaik dalam memperkukuh hubungan dan semangat perpaduan rakyat.

Menurut beliau, penganjuran program berkenaan juga wajar dijadikan contoh oleh pihak lain di seluruh negara dalam usaha mempereratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum.

“Perpaduan merupakan kunci kejayaan sesebuah kerajaan dan negara. Apabila perpaduan kita kukuh, negara akan berada dalam keadaan aman dan secara tidak langsung keyakinan pelabur untuk datang melabur juga akan meningkat.

“Ini merupakan satu rahmat kepada kita sekiranya perpaduan ini dapat dikekalkan dan dipelihara bersama,” katanya semasa merasmikan Program Komuniti Rakyat MADANI di sini hari ini.

Beliau berkata, demikian ketika mengulas penglibatan masyarakat dalam program yang turut menampilkan aktiviti sukan tradisional dan seni mempertahankan diri seperti silat serta kabadi.

Hisyamuddin berkata, penyertaan golongan muda dalam aktiviti berkenaan menunjukkan generasi tersebut masih mempunyai minat dan kecintaan terhadap warisan serta seni mempertahankan diri asli.

“Penglibatan golongan muda dalam aktiviti seperti silat dan kabadi amat membanggakan kerana ia menunjukkan mereka masih menghargai seni, budaya dan warisan yang menjadi identiti masyarakat kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan perpaduan merupakan satu nilai yang amat berharga dan perlu dipertahankan secara berterusan supaya dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan pihak yang cuba mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat, sebaliknya menilai setiap maklumat yang diterima dengan bijak.

“Rakyat perlu menilai sumber maklumat yang diperoleh sebelum mempercayainya. Kita perlu bijak dan berhati-hati dalam menerima serta menyebarkan sesuatu sumber, khususnya dalam era media sosial ketika ini.

“Jangan mudah terpengaruh dengan pihak yang cuba mengheret rakyat ke arah perpecahan. Sebaliknya, utamakan keharmonian dan perpaduan yang menjadi asas kekuatan negara,” katanya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan