Sabah sasar transaksi RM10 juta menerusi SIE2026

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan potensi jualan dan transaksi perniagaan bernilai kira-kira RM10 juta menerusi penganjuran Sabah International Exhibition 2026 (SIE2026).

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick berkata, sasaran itu disokong penyertaan 300 ruang pameran serta kehadiran kira-kira 10,000 pelawat perdagangan sepanjang tiga hari penganjuran.

“Kira-kira 35 peratus peserta pameran terdiri daripada penyertaan antarabangsa, termasuk delegasi dari Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina dan Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM).

“Bagaimanapun, lebih penting daripada angka tersebut ialah nilai sebenar SIE2026 yang terletak pada hubungan, jaringan dan kerjasama baharu yang dapat diwujudkan sepanjang penganjuran.

“Kejayaan sesebuah pameran tidak seharusnya diukur hanya berdasarkan jumlah ruang pameran atau pengunjung, sebaliknya melalui urusan perniagaan yang berjaya dimeterai, kerjasama yang diwujudkan, pelaburan yang dijana serta peluang yang dapat dicipta untuk rakyat,” ujarnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Ewon, SIE2026 yang membawa slogan Sabah – “Your Gateway to Global Opportunities” bukan sekadar pameran, malah menjadi platform menghubungkan pasaran, membina kerjasama dan meningkatkan nilai industri.

“Peranan SIE2026 turut diperkukuh menerusi Persidangan Perdagangan, Pelaburan dan Industri Halal BIMP-EAGA ke-3 bertemakan Connecting Markets, Scaling Values, yang menghimpunkan kira-kira 300 perwakilan.

“BIMP-EAGA mempunyai potensi besar. Kedudukan strategik, kekayaan sumber, kepelbagaian budaya serta populasi muda yang semakin terhubung memberikan asas kukuh untuk mengubah potensi ini kepada peluang ekonomi nyata.

“Sabah mahu diposisikan sebagai pintu masuk ke Borneo, jambatan kepada BIMP-EAGA dan platform untuk perniagaan mengakses pasaran serantau serta antarabangsa,” katanya.

Ewon turut merakamkan penghargaan kepada peserta pameran, rakan strategik, penaja, persatuan industri, agensi kerajaan dan delegasi antarabangsa yang menjayakan SIE2026.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan