ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

KANGAR – Kepimpinan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah didakwa menyisihkan rakan gabungan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dikatakan dilayan seperti pembangkang.

Perwakilan Pemuda Pas Perlis, Ali Na’imi Ahmad Azizi berkata, keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sayap parti berkenaan selain didakwa semakin mencalarkan imej Perikatan Nasional (PN) dan Pas di Perlis.

“Kami Pemuda Pas Perlis hari ini memohon kepada pimpinan Pas serta PN untuk mempertimbangkan satu tindakan yang keras kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis yang sekarang ini kerana semakin lama semakin dilihat mencalarkan imej PN dan secara tidak langsung kepada Pas Perlis sendiri.

“Memandangkan negeri Perlis merupakan kerajaan PN dan Pas, kami Pemuda kini merasa kerajaan negeri seolah-olah melayani ADUN-ADUN Pas kita seperti pembangkang.

“Kerajaan negeri juga dilihat mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap lantikan-lantikan politik daripada kalangan ahli Pas kita seperti ahli majlis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat Kali Ke-67 di Kota Bharu, Kelantan semalam.

Dalam pada itu, Ali Na’imi berkata, cabaran sebenar dalam agenda penyatuan bukan sekadar mencapai kejayaan, sebaliknya memastikan kesatuan terus kukuh apabila kejayaan mula diraih.

Menurutnya, ketika belum mencapai kejayaan, anggota lebih mudah bersatu atas matlamat sama kerana sanggup berdepan kesusahan, berkorban masa serta menghadapi tentangan bersama.

Namun katanya, apabila kejayaan mula diperoleh, muncul pula ujian lebih halus membabitkan jawatan, kedudukan, pengaruh, penghormatan dan pengiktirafan.

Beliau berkata, perebutan jawatan dan pengaruh boleh menjejaskan hubungan sesama anggota sekiranya tidak dikawal dengan akhlak serta disiplin.

“Jangan kerana jawatan kita kehilangan sahabat, jangan kerana kekecewaan kita kehilangan adab dan jangan kerana pandangan tidak diterima kita mula mengadu domba,” katanya.

Ali Na’imi berkata, pengalaman yang dilalui Pemuda Pas Perlis wajar dijadikan ibrah dan pengajaran, bukannya medan untuk membuka aib mana-mana pihak.

Katanya, pemimpin tetap perlu ditegur, namun perbezaan pandangan perlu disampaikan dengan adab, disiplin serta tertib dalam sebuah gerakan yang tersusun.

Related Posts

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan