Insentif, kemudahan mesra keluarga penting sokong pasangan miliki anak – Pakar ekonomi

KOS sara hidup dan perbelanjaan membesarkan anak yang semakin tinggi antara faktor utama menyebabkan pasangan di Malaysia semakin berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memiliki anak.

Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, isu kadar kelahiran rendah tidak boleh dilihat semata-mata sebagai keadaan pasangan yang tidak mahu mempunyai anak, sebaliknya perlu dilihat daripada perspektif kemampuan kewangan dan perubahan corak kehidupan masyarakat.

Beliau berkata, pasangan muda kini berdepan pelbagai komitmen kewangan termasuk kos perumahan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan keperluan harian yang menyebabkan keputusan untuk mempunyai anak menjadi pertimbangan besar.

“Masalah Malaysia bukan sekadar rakyat tidak mahu mempunyai anak, tetapi semakin ramai pasangan melihat mempunyai anak sebagai komitmen kewangan yang terlalu besar.

“Apabila kos membesarkan anak meningkat, pasangan akan mengambil kira kemampuan mereka untuk menyediakan kehidupan yang selesa dan masa depan yang terjamin kepada anak,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Jumaat.

Beliau berkata, keadaan itu turut berlaku ketika kadar kesuburan keseluruhan Malaysia terus berada pada paras rendah, iaitu sekitar 1.6 anak bagi setiap wanita.

Menurutnya, kerajaan perlu melihat isu berkenaan sebagai cabaran jangka panjang kerana penurunan kadar kelahiran bukan sahaja memberi kesan kepada struktur demografi, malah boleh mempengaruhi saiz tenaga kerja dan pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Katanya, pemberian insentif kepada keluarga perlu mengambil kira keperluan sebenar pasangan, bukan hanya bantuan secara sekali bayar.

“Insentif perlu lebih menyeluruh dan membantu mengurangkan kos sebenar yang ditanggung keluarga, khususnya dari segi penjagaan anak, pendidikan dan perumahan.

“Jika kos membesarkan anak dapat dikurangkan, pasangan mungkin lebih yakin untuk membina keluarga yang lebih besar,” katanya.

Barjoyai berkata, kerajaan juga perlu memperkukuh dasar mesra keluarga dengan memastikan ibu bapa mempunyai akses kepada kemudahan penjagaan anak yang mampu milik, selain mewujudkan persekitaran pekerjaan yang lebih fleksibel.

Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan keputusan untuk mempunyai anak tidak dilihat sebagai beban kewangan semata-mata.

“Isu kadar kelahiran tidak boleh diselesaikan hanya dengan memberikan wang tunai. Kita perlu menangani punca yang menyebabkan pasangan berasa tidak mampu atau tidak bersedia untuk mempunyai anak,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya trend itu berterusan, Malaysia perlu bersedia menghadapi perubahan struktur penduduk yang semakin menua dan kesannya terhadap pasaran pekerjaan, sistem persaraan serta keperluan perkhidmatan sosial.

Sehubungan itu, katanya, dasar berkaitan keluarga perlu dirangka secara bersepadu dengan mengambil kira keadaan ekonomi, pasaran pekerjaan dan keperluan sosial generasi muda.

Related Posts

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

PUTRAJAYA – Keperluan peruntukan bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) untuk ditingkatkan dalam memastikan pembiayaan yang mencukupi bagi penyelenggaraan serta kemampanan perkhidmatan itu termasuk keperluan peralatan, sokongan pesawat dan operasi. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

PUTRAJAYA –  Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin transformasi ekonomi negara menerusi pengukuhan kedudukan fiskal, reformasi hasil yang lebih cekap serta penarikan pelaburan berkualiti tinggi bagi mempercepatkan peralihan Malaysia ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu