Tidak perlu ‘sucikan’ hibah, itu tanggungjawab pembuat keputusan

BANGI – Pendeposit Tabung Haji (TH) tidak perlu lagi mempersoal atau ‘menyucikan’ hibah yang diterima susulan isu berkaitan status halal pembayaran berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, perkara itu telah diperjelaskan menerusi kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini, selain penjelasan yang dikongsikan TH menerusi media sosial.

Menurut beliau, pendeposit yang menerima hibah tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat berhubung pembayaran tersebut.

“Pendeposit yang menerima tidak bertanggungjawab ke atas apa yang diberikan. Tanggungjawab terletak kepada mereka yang membuat keputusan,” katanya pada Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan persoalan timbul mengenai status hibah kepada pendeposit dalam konteks isu pengurusan kewangan TH yang didedahkan menerusi laporan RCI.

Sementara itu, Mustakim berkata, kerajaan meneruskan jaminan terhadap komitmen TH untuk tempoh 10 tahun akan datang bagi memastikan institusi itu terus kukuh dan berupaya memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

Menurut beliau, jaminan kerajaan bukan sekadar angka di atas kertas, sebaliknya perkara paling penting ialah pihak yang menyokong nilai serta obligasi tersebut.

“Komitmen kerajaan itu terbahagi kepada dua tempoh, iaitu tujuh tahun dan 10 tahun. Tempoh jaminan tujuh tahun matang pada Mei lalu dan kemudiannya dilanjutkan untuk tempoh 10 tahun akan datang.

“Duit ringgit kita pun atas kertas. Tetapi yang paling penting siapa yang back atau siapa yang mendukung nilai tersebut. Nilai ini didukung oleh kerajaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut merujuk kenyataan Menteri Kewangan II bahawa kerajaan tidak akan mengorbankan atau gagal memenuhi obligasi kerajaan, termasuk berkaitan komitmen terhadap institusi yang berada di bawah jaminan kerajaan.

“Komitmen berkenaan turut dinyatakan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan. Jadi, saya rasa tidak ada isu di sini. Ia disokong oleh kerajaan,” katanya.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak