Cabutan khas: Keputusan bersama Jemaah Menteri kerajaan terdahulu – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Keputusan meningkatkan jumlah cabutan khas nombor ramalan ketika pentadbiran terdahulu dibuat secara bersama oleh Jemaah Menteri dan bukan diputuskan secara peribadi oleh mana-mana menteri, kata bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, keputusan berkenaan turut menjadi tanggungjawab bersama anggota Jemaah Menteri, termasuk menteri daripada Pas yang menganggotai Kabinet ketika itu.

Tengku Zafrul, yang kini Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, berkata cabutan khas bukan perkara baharu kerana ia telah diperkenalkan sejak 1999, manakala had siling 22 cabutan setahun telah wujud ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan.

“Ketika pandemik (COVID-19), kerajaan ketika itu kembali kepada siling sedia ada (22 kali) dan perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Parlimen melalui jawapan rasmi.

“Yang penting, di bawah Kerajaan MADANI hari ini, cabutan khas telah diturunkan kepada hanya lapan kali setahun,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan segelintir pihak yang mengaitkan keputusan peningkatan jumlah cabutan khas itu dengan dirinya secara peribadi.

Menurut Tengku Zafrul, fakta berkaitan perkara itu adalah jelas dan beliau tidak mahu memanjangkan polemik berkenaan yang dikhuatiri boleh mengalih perhatian daripada agenda pembangunan negara.

“Tumpuan Kerajaan MADANI adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat dan memastikan setiap dasar benar-benar memberi manfaat kepada mereka,” katanya.

Isu cabutan khas nombor ramalan kembali mendapat perhatian susulan dakwaan serta pertikaian berhubung kewajaran peningkatan jumlah cabutan berkenaan ketika tempoh pandemik COVID-19.

Tengku Zafrul berkata, keputusan yang dibuat ketika itu perlu dilihat dalam konteks tanggungjawab bersama Jemaah Menteri dan bukan diletakkan kepada seorang individu sahaja.

Selepas menerajui pentadbiran pada Disember 2022, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan jumlah cabutan khas berkenaan dikurangkan daripada 22 kali kepada lapan kali setahun, berkuat kuasa mulai 2023.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan