Kepimpinan, inovasi, governans perlu bergerak seiring – SPRM

PUTRAJAYA – Kepimpinan, inovasi dan governans perlu dilaksanakan secara bersepadu bagi memastikan organisasi mampu mendepani perubahan, mengurus risiko serta menutup ruang berlakunya rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, kepimpinan strategik masa kini perlu berpandangan jauh, memahami perubahan, mengurus risiko dan memanfaatkan inovasi tanpa mengabaikan nilai, etika serta integriti dalam setiap keputusan.

“Kepimpinan tanpa integriti boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa, inovasi tanpa governans boleh menghasilkan risiko baharu, manakala governans tanpa inovasi pula boleh menyebabkan organisasi menjadi terlalu birokratik, perlahan dan akhirnya ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kepimpinan Masa Depan Memperkasa Governan, Integriti & Inovasi (LEAD-GOV 2026) anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini semalam.

Menurut beliau, bentuk rasuah pada masa kini tidak lagi terhad kepada transaksi tunai secara terang-terangan, sebaliknya turut merangkumi konflik kepentingan, kronisme, nepotisme, manipulasi proses, campur tangan dalam keputusan, penyalahgunaan maklumat, pengaruh tidak wajar, pemalsuan dokumen serta penyalahgunaan teknologi.

Bagaimanapun, Azmi mengingatkan bahawa kecanggihan teknologi semata-mata tidak menjamin kewujudan governans yang baik dalam sesebuah organisasi.

“Jika sistem digital dibina tanpa kawalan integriti, ia hanya akan mendigitalkan kelemahan lama. Jika data tidak berkualiti, keputusan berasaskan data juga boleh salah. Jika akses kepada data tidak dikawal, teknologi boleh menjadi alat penyalahgunaan,” katanya.

Beliau turut mengetengahkan operasi bersepadu SPRM bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Ops Hack, yang menyaksikan 12 individu ditahan termasuk empat pegawai JIM dan dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM.

Kes berkenaan membabitkan kegiatan penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan permohonan dan kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.

Menurut Azmi, kes tersebut membuktikan bagaimana sistem digital boleh dimanipulasi oleh segelintir pegawai tidak berintegriti untuk menjalankan kegiatan haram.

“Justeru, kita tidak hanya memerlukan digital transformation tetapi digital transformation yang beretika dan berintegriti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggariskan empat prinsip asas governans berintegriti yang perlu diberi keutamaan iaitu ketelusan, akauntabiliti, integriti dan pengurusan risiko.

Azmi turut menggesa pengurusan tertinggi organisasi supaya memberikan komitmen dan sokongan kepada Unit Integriti serta Unit Audit Dalam bagi memastikan fungsi kedua-dua unit berkenaan dapat dilaksanakan secara berkesan.

Katanya, sokongan berterusan daripada pihak pengurusan dapat memperkukuh governans organisasi selain meminimumkan serta menutup ruang dan peluang berlakunya risiko yang boleh menjejaskan organisasi.

Related Posts

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara. Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

PUTRAJAYA – Isu persepsi antara cabaran paling kritikal bukan sahaja terhadap organisasi kerajaan dan swasta, malahan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM