Pergiat usaha cegah banjir lebih awal – Sultan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan negeri dan agensi berkaitan mempergiatkan usaha pencegahan banjir lebih awal.

Menurut hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, Al-Sultan Abdullah bertitah, pihak berkaitan perlu memberikan perhatian segera terhadap kerja-kerja pembersihan dan pendalaman parit serta longkang, khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir ketika memasuki bulan September.

“Baginda turut bertitah agar pihak berkaitan memastikan projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan secara berperingkat berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” menurut hantaran itu.

Hantaran berkenaan memaklumkan Sultan Pahang bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini, semalam.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan kerajaan negeri dan agensi terlibat supaya terus memantau serta mengambil tindakan terhadap pencerobohan tanah secara haram di seluruh Pahang dengan lebih berkesan, tegas dan bijaksana berlandaskan undang-undang.

“Baginda turut menzahirkan rasa syukur kerana perkembangan kes-kes mahkamah berkaitan pencerobohan tanah haram dilihat memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang,” menurut hantaran itu.

Related Posts

Sarawak perkasa kontraktor Bumiputera seiring peralihan sektor ekonomi hijau

KUCHING – Sarawak terus memperkasa penyertaan kontraktor Bumiputera dalam agenda pembangunan negeri bagi mendepani peralihan ke arah ekonomi hijau dan tenaga boleh baharu, pada Rabu malam. Premier Sarawak, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masyarakat Mukah digesa waspada, elak pembakaran terbuka susulan jerebu

MUKAH – Masyarakat di daerah ini diseru supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan penjagaan kesihatan berikutan fenomena jerebu yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak perkasa kontraktor Bumiputera seiring peralihan sektor ekonomi hijau

Sarawak perkasa kontraktor Bumiputera seiring peralihan sektor ekonomi hijau

Masyarakat Mukah digesa waspada, elak pembakaran terbuka susulan jerebu

Masyarakat Mukah digesa waspada, elak pembakaran terbuka susulan jerebu

Polis tahan dua individu tempatan, rampas dadah lebih RM412,000

Polis tahan dua individu tempatan, rampas dadah lebih RM412,000

TDM gagalkan cubaan seludup barang basah sejuk beku bernilai RM380,426

TDM gagalkan cubaan seludup barang basah sejuk beku bernilai RM380,426

Petronas sasar kekal keluar 2 juta tong sehari hingga 2028

Petronas sasar kekal keluar 2 juta tong sehari hingga 2028

AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan