Komunikasi kerajaan perlu berubah, jangan bergantung seorang menteri – Tian Chua

AKAUNTABILITI menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat tidak seharusnya hanya dipikul Menteri Komunikasi atau ketua penerangan semata-mata, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Beliau menyifatkan pendekatan sedemikian sebagai ketinggalan zaman dan menggesa kerajaan memanfaatkan kekuatan seluruh parti serta gerakan yang sehaluan dengan aspirasi PKR dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Saya rasa itu kekurangan sekarang kerana kita masih menggunakan format lama, iaitu bergantung kepada Menteri Komunikasi.

“Saya tidak salahkan Menteri Komunikasi kerana beliau hanya menjalankan tugas, tetapi keseluruhan komunikasi harus berubah,” katanya ketika muncul dalam audio siar The Tiger Show Podcast hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Batu itu berkata, kerajaan perlu menggunakan kuasa, tenaga dan kreativiti yang ada dalam keseluruhan parti serta kumpulan yang mempunyai keselarasan idea bagi memastikan mesej kerajaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kelemahan komunikasi kerajaan yang sebelum ini turut menjadi perhatian pelbagai pihak.

Menurut Tian Chua, pendekatan komunikasi yang terlalu bergantung kepada satu portfolio menyebabkan penyampaian maklumat kerajaan kepada rakyat kurang berkesan dan perlu diperbaharui mengikut perkembangan semasa.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang sebelum ini memohon maaf pada Kongres PKR baru-baru ini susulan kelemahan komunikasi kerajaan yang menyebabkan terdapat maklumat tidak sampai kepada rakyat.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan