Laporan jawatankuasa khas kompetensi DUN kunci tangani polemik bidang kuasa negeri

PUTRAJAYA – Keperluan buat Kerajaan MADANI mendedahkan Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Penggubalan Undang-Undang Islam (JKK).

Pengamal undang-undang, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, JKK telah ditubuhkan pada 5 Disember 2023 bagi mengkaji antara lain, kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam menggubal undang-undang Syariah susulan perkembangan undang-undang yang timbul daripada kes peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

Jelasnya, keputusan kes itu mempunyai implikasi besar terhadap bidang kuasa negeri dalam menggubal undang-undang berkaitan kesalahan Syariah, selain menimbulkan persoalan undang-undang yang penting mengenai kedudukan beberapa peruntukan kesalahan Syariah negeri.

“Ia termasuk peruntukan yang mempunyai sejarah pelaksanaan sebelum merdeka, sekiranya peruntukan-peruntukan tersebut dicabar di mahkamah pada masa hadapan. Menyedari kepentingan persoalan ini serta kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat, kerajaan telah menubuhkan JKK.

“JKK dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, YAA Tun Zaki Azmi, bagi menjalankan penelitian menyeluruh dan mengemukakan cadangan penyelesaian terhadap isu-isu berbangkit,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Terdahulu, Zainul Rijal memaklumkan beliau bersama sembilan lain antaranya peguam Datuk Lukman Sheriff Alias, Datuk Megat Abdul Munir, Datuk Adnan Seman dan Datuk Mohamad Ezri Abdul Wahab, memulakan petisyen menggesa kerajaan mendedahkan laporan itu.

Mengulas lanjut, Zainul berpendapat, laporan itu penting kepada masyarakat berikutan ia menyentuh struktur perundangan negara, bidang kuasa legislatif negeri, pentadbiran undang-undang Islam serta kepastian undang-undang bagi umat Islam dan institusi-institusi berkaitan.

“Pendedahan terbabit akan membolehkan masyarakat memahami dengan lebih jelas isu perlembagaan dan perundangan yang telah dikenal pasti oleh JKK, selain kesan keputusan mahkamah terhadap kompetensi DUN dalam menggubal undang-undang Syariah dan cadangan penambahbaikan atau penyelesaian yang sudah dikemukakan oleh JKK.

“Langkah yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan, negeri-negeri serta pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan sistem perundangan negara terus berfungsi secara jelas, teratur dan selaras dengan asas Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menuntut kerajaan mendedahkan dan menerbitkan keseluruhan Laporan JKK kepada orang awam dengan kadar segera dan membentangkan kepada masyarakat pendirian serta tindakan susulan kerajaan terhadap syor yang sudah dikemukakan.

Zainul Rijal berkata, kerajaan juga digesa memastikan sebarang proses pembaharuan atau gubalan undang-undang yang timbul daripada laporan itu dilaksanakan secara telus, berhati-hati serta melalui libat urus yang sewajarnya dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa agama, badan kehakiman dan perundangan, ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat awam.

“Kami menghormati tanggungjawab kerajaan meneliti sesuatu laporan sebelum mengambil tindakan tetapi ini tidak sepatutnya menahan Laporan JKK dari didedahkan. Kami berpandangan setelah tempoh yang begitu panjang berlalu, tiada alasan munasabah untuk terus menangguhkan pendedahan laporan itu kepada masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) berkata, JKK diberikan tempoh setahun untuk menyempurnakan kajiannya dan difahamkan sudah menyelesaikan tugasan tersebut dalam tempoh ditetapkan.

“JKK telah diberikan tempoh setahun untuk menyempurnakan kajiannya dan difahamkan telah menyelesaikan tugasan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Pada Mac 2025, Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama ketika itu turut mengumumkan bahawa laporan JKK telah siap dan sedia untuk dibentangkan.

“Namun demikian, sehingga kini, setelah hampir setahun setengah daripada pengumuman tersebut, laporan berkenaan masih belum dibentangkan kepada masyarakat umum,” katanya.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled