Kemelut Baja 3 MADA dijangka berakhir, baki bekalan akan dihantar esok – Mohamad Sabu

SERDANG – Isu kelewatan bekalan Baja 3 melibatkan pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan diselesaikan segera dengan penghantaran baki bekalan dijadualkan bermula esok.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penghantaran baki bekalan kepada pesawah yang terjejas akan dilaksanakan anak syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengemukakan surat kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Ogos lalu bagi memohon penamatan perkhidmatan Taveekun Manufacturing Sdn. Bhd. sebagai pembekal Baja 3 susulan kelewatan yang berlaku.

“Pada masa sama, saya telah mencadangkan supaya Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd., anak syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan baki pembekalan Baja 3 kepada pesawah yang terjejas.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Perdana Menteri telah bersetuju dengan permohonan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Suara Tani Malaysia Mohd. Shazwan Suban berkata, hanya sekitar 137, 560 beg atau 22 peratus baja sebatian tambahan (Baja Padi 3) berjaya dibekalkan daripada keseluruhan 616, 015 beg kepada pesawah.

Dalam pada itu Mohamad berkata, kementeriannya turut mengarahkan MADA supaya memantau proses penghantaran berkenaan secara rapi sehingga bekalan benar-benar diterima pesawah.

“Tiada ruang untuk kelewatan berulang apabila ia melibatkan keperluan asas pengeluaran padi dan sumber pendapatan pesawah.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal melaksanakan tanggungjawab sehingga menjejaskan kepentingan pesawah dan kelancaran sektor pengeluaran makanan negara,” katanya.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak