Kerajaan Sabah aktifkan PKOB susulan IPU hampir cecah 200

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri serta PKOB daerah di Kota Kinabalu, Keningau dan Papar susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang terus meningkat dan menghampiri paras 200 iaitu sangat tidak sihat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Zainudin Aman berkata, perkembangan berkenaan sudah dimaklumkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Setakat jam 5 petang pada 1 September, bacaan IPU direkodkan pada paras 177 di Kota Kinabalu, 153 di Tawau, 165 di Keningau, 166 di Kimanis, Papar dan 153 di Politeknik Kota Kinabalu.

“Kesemua kawasan berkenaan mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Menurut Zainudin, peningkatan IPU dipengaruhi pergerakan angin yang menghala ke Sabah dan bacaan dijangka terus meningkat selagi hujan tidak berlaku di Kalimantan.

“Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, Kota Kinabalu, Tawau, Keningau, Kimanis dan Politeknik Kota Kinabalu kini dikategorikan pada tahap Amaran 1A.

“Antara tindakan yang ditetapkan pada tahap itu termasuk menghentikan aktiviti di luar bilik darjah serta menangguhkan kegiatan kokurikulum dan sukan.

“Selain itu, hebahan kepada orang ramai mengenai bacaan IPU dan langkah berjaga-jaga juga akan dipertingkatkan, selain memperketat penguatkuasaan serta pemantauan terhadap industri dan tapak pelupusan sampah,” kongsinya.

Dalam ada itu, Zainudin berkata, aktiviti rasmi Kerajaan Negeri dicadangkan supaya dibatalkan atau ditangguhkan sekiranya bacaan IPU mencapai atau melebihi 200, manakala aktiviti di dalam bangunan masih dibenarkan.

“Kerajaan Negeri juga akan mengesyorkan penutupan sekolah di kawasan yang merekodkan bacaan IPU 200 dan ke atas, dengan sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dari rumah.

“Bagaimanapun, pengisytiharan darurat atau bencana jerebu hanya akan dilaksanakan sekiranya bacaan IPU mencecah 500 dan ke atas,” katanya.

Dalam pada itu, Zainudin turut menyeru pelaksanaan solat hajat di setiap daerah sebagai ikhtiar memohon perlindungan dan kesejahteraan susulan keadaan jerebu di negeri berkenaan.

Related Posts

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

LIMBANG – Permainan layang-layang sebagai warisan tradisional masyarakat perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda bagi memastikan khazanah budaya berkenaan tidak ditelan zaman. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMKS Zon Timur perlu rebut peluang ekonomi ECRL – Wan Rosdy

KUANTAN – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Pantai Timur perlu besedia merebut peluang ekonomi yang bakal muncul dengan pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Disember ini. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA