RCI Tabung Haji: Bekas menteri pula ditahan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang bekas menteri berhubung siasatan berkaitan kes laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, hari ini.

Menerusi laman TikTok SPRM, penahanan dilakukan kira-kira jam 4.30 petang tadi dan berdasarkan isu pajakan hotel di Arab Saudi.

“Bekas Menteri itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret, Putrajaya bagi permohonan reman, esok,” katanya.

Difahamkan, bekas menteri lelaki itu berusia lingkungan usia 60-an, ditahan  semasa hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 merujuk kepada kesalahan rasuah berkaitan perbuatan meminta atau menerima suapan.

Pada 27 Ogos lalu,  bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan (MoF) direman tujuh hari berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Perintah reman sehingga 2 September depan dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan