Brunei, Indonesia sertai perbarisan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026

KOTA KINABALU – Penyertaan kontinjen dari Brunei Darussalam dan Indonesia mencuri perhatian pada Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens di sini, pada Ahad.

Kehadiran kontinjen dari dua negara jiran itu menambahkan kemeriahan acara perbarisan yang menjadi antara kemuncak sambutan peringkat negeri dan disaksikan kira-kira 50,000 pengunjung.

Secara keseluruhan, seramai kira-kira 10,000 peserta mengambil bahagian dalam perbarisan membabitkan 173 kontinjen, terdiri daripada 121 kontinjen perbarisan dan 52 kontinjen kenderaan.

Peserta dibahagikan kepada 12 kategori membabitkan pelbagai jabatan kerajaan, agensi, badan beruniform, organisasi serta wakil masyarakat.

Setiap kontinjen tampil dengan persembahan dan formasi tersendiri sepanjang melalui pentas utama sambil membawa Jalur Gemilang serta Bendera Negeri Sabah.

Acara berjalan lalu turut menyaksikan perarakan Jalur Gemilang, Bendera Negeri Sabah, bendera negeri-negeri di Malaysia serta bendera tema Hari Kebangsaan 2026.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Datin Seri Faridah Tussin serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag turut menyaksikan perbarisan berkenaan.

Sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan khas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah serta Persembahan Aneka Warna.

Kehadiran puluhan ribu pengunjung bersama penyertaan pelbagai kontinjen menjadikan sambutan tahun ini antara medan menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kebersamaan masyarakat sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah.

  • Related Posts

    Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

    IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

    ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

    Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

    Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

    Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

    Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

    Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

    Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

    Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

    Dua kenderaan bertembung, dua maut

    Dua kenderaan bertembung, dua maut

    Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

    Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan