Akhlak, ilmu jadi tunjang perkasa jati diri Muslim

DEBAK – Penghayatan ilmu agama perlu diterjemahkan melalui amalan dan pembentukan akhlak bagi memastikan umat Islam mampu membina jati diri yang kukuh dalam menghadapi cabaran semasa.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, pengisian menerusi lima sesi ceramah sepanjang Seminar Pemantapan Jati Diri Muslim wajar dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, ilmu yang diperoleh tidak seharusnya sekadar menjadi pengetahuan, sebaliknya perlu diamalkan sehingga membentuk keperibadian Muslim yang lebih baik.

“Akhlak yang baik merupakan antara bentuk dakwah yang paling berkesan kerana ia dapat dilihat, dirasai dan menjadi contoh kepada orang lain,” katanya ketika berucap pada majlis penangguhan seminar berkenaan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, usaha memperkasa dakwah juga perlu disesuaikan dengan perkembangan dunia moden, namun pada masa sama nilai murni dan identiti Islam tidak boleh diketepikan.

Katanya, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan umat Islam terus mampu menghadapi perubahan zaman tanpa mengorbankan prinsip dan nilai yang menjadi asas kehidupan.

Dalam pada itu, Mohammad Razi turut menekankan kepentingan memelihara keharmonian masyarakat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Jelasnya, kepelbagaian tersebut merupakan kekuatan yang perlu dipertahankan melalui sikap saling menghormati, memahami serta mengamalkan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

Beliau berharap peserta seminar dapat membawa pulang ilmu yang diperoleh untuk diterapkan dalam kehidupan, selain menjadi contoh kepada masyarakat menerusi akhlak terpuji, sikap positif dan semangat perpaduan.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India