‘Akak Telekung’ semarakkan merdeka, berkawad lima kilometer

PUTRAJAYA – Kontinjen Siti Khadijah mencuri perhatian pada perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya hari ini apabila 47 pesertanya mengenakan telekung sambil berkawad sejauh lima kilometer.

Penampilan unik dikenali sebagai ‘Akak Telekung’ itu bukan sahaja mencetuskan kelainan dalam acara perbarisan, malah mengundang perhatian orang ramai yang tidak melepaskan peluang merakam aksi peserta berkenaan.

Suasana semakin meriah apabila pelbagai kontinjen daripada sektor ekonomi turut mengambil bahagian, termasuk jenama yang dikenali ramai seperti Zus Coffee, Munchy’s, Mr DIY dan CARSOME.

Acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2026 bermula jam 8 pagi dengan penyertaan lebih 10,819 peserta daripada 76 kontinjen.

Sambutan turut dimeriahkan dengan penglibatan 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias serta 328 aset darat dan laut, selain 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan.

Kehadiran pelbagai lapisan peserta itu memperlihatkan sambutan Hari Kebangsaan terus menjadi wadah penyatuan masyarakat menerusi penglibatan agensi kerajaan, sektor ekonomi dan komuniti

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan