Merdeka bukan sekadar kata-kata, perlu diterjemah dengan keberanian melakukan perubahan – KSN

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 membawa makna cukup peribadi buat Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, selepas sekian lama mencurahkan bakti dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata, kecintaan terhadap negara tidak seharusnya dizahirkan melalui kata-kata semata-mata, sebaliknya diterjemahkan menerusi kesungguhan memperbaiki kelemahan serta keberanian melakukan perubahan yang bersesuaian dengan perkembangan zaman.

Beliau berkata demikian dalam hantaran sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 yang diraikan hari ini.

“Setelah sekian lama mencurahkan bakti dalam perkhidmatan awam, saya percaya bahawa mencintai negara bukan hanya pada kata-kata, tetapi pada kesungguhan memperbaiki apa yang masih kurang dan keberanian mengubah apa yang tidak lagi sesuai dengan zaman,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 yang didengarinya petang semalam turut mengingatkannya kepada erti sebenar kemerdekaan sebagai satu perjuangan yang diwariskan kepada generasi hari ini untuk terus dipelihara dan diisi.

Katanya, kemajuan yang dinikmati Malaysia ketika ini perlu diteruskan dengan memastikan manfaatnya diterjemahkan kepada kehidupan rakyat yang lebih baik.

“Saya cukup bersyukur melihat Malaysia hari ini terus melangkah ke hadapan dan menjadi tanggungjawab kita memastikan kemajuan itu membawa kehidupan yang lebih baik kepada rakyat serta sebuah negara yang lebih kukuh untuk diwariskan kepada generasi seterusnya,” katanya.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia sambil menyeru agar semangat kemerdekaan terus disemarakkan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan