Bapa dukung anak, sama-sama saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026

PUTRAJAYA – Aksi beberapa bapa mendukung anak masing-masing bagi membolehkan mereka menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, hari ini, menarik perhatian orang ramai.

Dalam kesesakan pengunjung yang memenuhi kawasan sekitar dataran, golongan bapa dilihat mendukung anak di bahu atau dalam dakapan masing-masing bagi memberikan pandangan lebih jelas terhadap kontinjen yang menyertai perarakan.

Gelagat berkenaan turut mencuri perhatian pengunjung lain, dengan sebahagian mereka mengambil kesempatan merakamkan detik berkenaan sebagai kenangan sambutan Hari Kebangsaan bersama keluarga.

Kehadiran kanak-kanak bersama ibu bapa turut memeriahkan suasana sambutan, terutama ketika kontinjen perbarisan melintasi kawasan utama Dataran Putrajaya.

Sorakan dan tepukan kedengaran daripada orang ramai yang tidak berganjak dari lokasi masing-masing bagi menyaksikan acara perbarisan serta persembahan yang disediakan.

Kehadiran keluarga dalam jumlah ramai turut memperlihatkan sambutan Hari Kebangsaan bukan sahaja menjadi acara untuk golongan dewasa, malah ruang mendidik generasi muda mengenai sejarah, kemerdekaan dan semangat cintakan negara.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya hari ini menghimpunkan rakyat daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat dalam suasana penuh meriah serta semangat patriotik.

Related Posts

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

MACHANG – Empat negeri di utara dan Pantai Timur, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu merekodkan kadar pembabitan kes dadah melebihi ambang nasional. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nik Nazmi direhatkan tiga bulan daripada aktiviti Bersama susulan kes khalwat

PEMIMPIN Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad direhatkan daripada semua aktiviti rasmi parti itu selama tiga bulan susulan pengakuannya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes khalwat pada 15 Oktober…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24