Formasi grafik manusia tahun ini lebih mencabar

PUTRAJAYA – Persembahan grafik manusia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 tampil lebih dinamik dan bertenaga menerusi 26 formasi yang menggabungkan gerakan kreatif, irama, budaya serta kepelbagaian masyarakat Malaysia dalam satu penceritaan visual.

Persembahan yang membabitkan 1,500 pelajar daripada 36 sekolah di Selangor itu berlangsung di struktur bertingkat Dataran Putrajaya, dengan penggunaan pelbagai prop seperti bendera, kain berwarna, kompang, payung dan kerincing yang menambahkan cabaran kepada peserta.

Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Rosmonaliza Ahmad berkata, walaupun jumlah peserta tahun ini berkurangan berbanding 2,000 pelajar pada tahun lalu, tahap kesukaran persembahan ditingkatkan menerusi gerakan yang lebih pantas dan kompleks.

“Persembahan kali ini lebih mencabar kerana terdapat 26 formasi dan gerakan tambahan untuk persembahan khas. Penggunaan alatan yang lebih banyak juga memerlukan setiap formasi dikendalikan mengikut masa serta kedudukan yang ditetapkan,” katanya, seperti dilaporkan Bernama.

Rosmonaliza yang juga jurulatih utama berkata, persembahan itu menggabungkan kira-kira 16 lagu merangkumi lagu patriotik, etnik dan kenegerian, selain lagu yang dekat dengan cita rasa Generasi Z.

Katanya, setiap lagu diterjemahkan menerusi susunan gerakan dan visual tersendiri bagi memastikan perubahan formasi selari dengan penceritaan persembahan serta segmen yang berlangsung di ruang utama perarakan.

“Sebagai contoh, ketika segmen khas gendang daripada pelbagai kaum dipersembahkan, pelajar akan membentuk imej yang mencerminkan identiti budaya masing-masing supaya muzik yang berkumandang dapat selaras dengan pergerakan.

“Begitu juga semasa paluan rebana, persembahan grafik manusia akan mempamerkan elemen Melayu iaitu keris, manakala naga mewarnai segmen gendang Cina serta burung merak bagi masyarakat India,” katanya.

Majoriti peserta terdiri daripada pelajar tingkatan dua hingga empat dan merupakan wajah baharu, dengan hanya kira-kira 30 peratus pernah menyertai persembahan ini pada edisi terdahulu.

Related Posts

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUCHING – Kerajaan Persekutuan kini bertindak beralih kepada pendekatan tindakan awalan bagi menangani situasi jerebu yang melanda negara dengan lebih berkesan, disokong oleh peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta bagi Operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia