USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

PUTRAJAYA – Tokoh ulama pondok Kelantan, Tuan Guru Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki dilantik sebagai Profesor Adjung (Industri) di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tempoh dua tahun.

Pelantikan itu dilihat sebagai langkah strategik USIM dalam memperkukuh pengajian Islam berteraskan turath menerusi perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman ulama dalam bidang al-Quran, al-Sunnah serta kitab-kitab turath.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Dr. Mushaddad Hasbullah berkata, pelantikan berkenaan membuka ruang kepada USIM untuk mengintegrasikan tradisi keilmuan pondok dengan institusi pengajian tinggi, khususnya dalam memperkasa pengajian Islam berteraskan turath.

“Insya-Allah, pelantikan ini turut membuka ruang yang lebih luas untuk USIM mengintegrasikan tradisi keilmuan pondok bersama institusi pengajian tinggi, agar khazanah ilmu turath dapat terus diperkasa, dipelajari dan dikembangkan dalam konteks pendidikan tinggi semasa,” katanya dalam Majlis penyerahan surat pelantikan di Kompleks Islam Putrajaya, di sini, pada Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan yang turut hadir menyaksikan pelantikan itu turut berharap ia boleh diperkembangkan menerusi sinergi bersama institusi pengajian tinggi.

“Pada hari ini USIM telah menyerahkan surat rasmi pelantikan Profesor Adjung (Industri) kepada Tuan Guru Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki dan ini merupakan salah satu usaha kita memberdaya serta memperkukuhkan lagi institusi turath dan pondok di Malaysia.

“Di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kita akan terus memberi sokongan dan merangka strategi untuk mencapai tujuan ini,” katanya.

Menerusi pelantikan itu, Sheikh Wazir dijangka menyumbang kepakaran dan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi memperkayakan ekosistem akademik serta pembangunan ilmu di FPQS khususnya dan USIM secara keseluruhannya.

Beliau juga akan terlibat dalam pelbagai aktiviti dan program anjuran FPQS atau USIM yang berkaitan dengan bidang kepakarannya, termasuk persidangan, seminar, forum, syarahan dan perbincangan meja bulat.

Pelantikan itu turut dijangka memperluas ruang perkongsian ilmu antara golongan akademik dengan ulama serta institusi berkaitan, sekali gus memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran mahasiswa.

Selain itu, kerjasama berkenaan berpotensi membuka lebih banyak peluang jaringan, penyelidikan, perkongsian kepakaran serta program pembangunan ilmu yang memberi manfaat kepada universiti dan masyarakat.

Pelantikan Profesor Adjung (Industri) itu juga menjadi platform untuk meneroka kolaborasi baharu antara USIM dengan institusi pondok di seluruh negara, sekali gus memperkukuh ekosistem pendidikan Islam yang menghubungkan tradisi keilmuan ulama dengan kekuatan akademik institusi pengajian tinggi.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

  • By Ezmie
  • August 30, 2026
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM