Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam arus pembangunan negara.

Ketua Batin Daerah Bentong, Razak Beretong berkata, pendidikan menjadi antara ‘senjata’ paling penting untuk memastikan generasi muda Orang Asli tidak terus ketinggalan, malah mampu mencapai kejayaan setanding masyarakat lain.

Menurut beliau, kemerdekaan yang sebenar tidak akan memberi makna sekiranya generasi baharu masih dibelenggu keterbatasan ilmu dan peluang untuk meningkatkan taraf kehidupan.

“Saya lihat macam tiada harta kalau tidak mempunyai ilmu. Tiga orang anak saya masuk universiti awam (UA) dan dua darinya bekerja sebagai Ketua Eksekutif serta Jurutera Perancang di sebuah syarikat.

“Saya bangga dengan pencapaian mereka sebab saya tak mahu mereka menjadi seperti saya. Itulah harapan bukan sahaja kepada anak saya,

“Malah bangsa saya di kampung ini agar kita dapat bersaing dengan pelbagai masyarakat. Kalau boleh lebih berjaya daripada saya,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Dalam pada itu, Razak berkata, kemerdekaan tidak seharusnya dianggap sebagai satu jaminan mutlak bahawa Malaysia akan terus bebas daripada ancaman kuasa luar.

Beliau melahirkan kebimbangan Malaysia akan dijajah semula sekiranya politik negara masih terumbang ambing, sekali gus membenarkan kemasukan dan penguasaan bangsa luar.

Katanya, kestabilan politik, perpaduan rakyat dan kekuatan ekonomi perlu diperkasa secara holistik bagi memastikan Malaysia tidak kembali berdepan bentuk ‘penjajahan’ baharu pada masa akan datang.

“Rakyat tidak seharusnya terlalu leka dengan kemerdekaan yang dikecapi negara, bagi mengelakkan sejarah seperti penjajahan Melaka berulang kembali.

“Ketika kita menikmati kemerdekaan, bangsa asing dalam masa sama mencari jalan untuk mengambil Tanah Melayu (Malaysia).

“Perkara ini kena lihat, dalam sedar tak sedar akhirnya kena berbalik kepada politik kerana apabila perkara politik negara terumbang ambing di situlah mereka mengambil kesempatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Razak berkata, sejarah penjajahan Tanah Melayu perlu dijadikan iktibar supaya generasi masa kini tidak mengambil mudah soal kedaulatan dan masa depan negara.

Razak menyifatkan keadaan itu seperti ‘api dalam sekam’ apabila sesuatu ancaman mungkin tidak kelihatan pada permukaan, namun berpotensi memberi kesan besar sekiranya tidak ditangani lebih awal.

“Kemerdekaan memang orang rasa ‘oh, aku merdeka bebas dari pelbagai sudut’, tetapi dalam kebebasan itu kita kena ingat jangan terlalu gembira sangat, kena melihat dari pelbagai aspek apa yang sedang berlaku sekarang.

“Saya amat risau sebenarnya, mungkin bukan masa ini tetapi 10 atau 20 tahun datang apa akan berlaku dengan tanah Melayu (Malaysia),” katanya

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang