Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

PUTRAJAYA – Peruntukan RM1 bilion bagi memperkukuh kecekapan digital sektor kesihatan awam akan mempercepat usaha memperluas akses digital kepada pengamal perubatan serta pengguna di seluruh negara, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, peningkatan peruntukan daripada RM650 juta yang diumumkan sebelum ini dijangka membolehkan lebih banyak premis kesihatan awam menerima manfaat daripada kemudahan digital berkenaan.

“Sebelum ini yang diumumkan adalah sebanyak RM650 juta tetapi Perdana Menteri sudah minta dinaikkan ke RM1 bilion.

“Ia untuk mempercepat usaha akses digital termasuk WiFi awam di klinik kesihatan dan juga hospital kerajaan serta program e-Medical Record yang kita laksanakan di Klinik Kesihatan Padang Besar sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Fahmi berkata, pelaksanaan rekod perubatan secara elektronik membolehkan doktor mendapatkan maklumat pesakit dengan lebih mudah tanpa perlu bergantung kepada dokumen fizikal, sekali gus menjimatkan masa ketika proses mendapatkan rawatan.

“Dari situ, doktor kini boleh mendapatkan maklumat mengenai pesakit tanpa merujuk dokumen fizikal, semuanya diusahakan secara elektronik. Ini menjimatkan masa bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menyediakan peruntukan RM1 bilion bagi pelaksanaan sistem rekod perubatan elektronik serta meningkatkan ketersambungan internet di 150 hospital dan lebih 2,000 klinik kesihatan awam di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi bersama MCMC akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi memperincikan pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Menurutnya, pada peringkat awal, sebanyak 15 hospital dijangka dapat diselesaikan menerusi pelaksanaan berkenaan.

“Tapi saya akan minta supaya angka ini dinaikkan lagi dan daripada 2,000 klinik kesihatan kita akan cuba untuk tingkatkan jumlah yang dapat,” katanya.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

  • By Ezmie
  • August 30, 2026
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM