Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air di Kampung (Kg) Numbak, awal pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, berdasarkan rekod setakat jam 4 petang, dua PPS dibuka bagi menempatkan mangsa iaitu Dewan Serbaguna Likas dan Dewan Damai.

“Seramai 110 mangsa daripada 34 KIR ditempatkan di Dewan Serbaguna Likas, manakala 24 mangsa daripada enam KIR berada di Dewan Damai.

“Kedua-dua PPS mula dibuka pada jam 10 pagi dan jumlah mangsa yang mendaftar masih meningkat,” menurut kenyataan media JPBN Sabah pada Ahad.

Menurut JPBN Sabah, Jabatan Kebajikan dan Perkhidmatan Am Sabah mengesahkan kebakaran itu turut meragut nyawa tiga kanak-kanak iaitu Mohd Asrul Abdullah, 6; Nana Abdullah, 4; dan Nur Farah Bilah Mohd Tajah, 8; yang kesemuanya warganegara Malaysia.

“Kebakaran yang dilaporkan pada pukul 1.40 pagi tersebut membabitkan kawasan rumah setinggan atas air merangkumi Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama, dengan kawasan terjejas dianggarkan seluas 260 meter x 380 meter.

“Operasi pemadaman membabitkan 44 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Tuaran, selain dibantu agensi lain.

“Kebakaran berjaya dikawal daripada terus merebak ke kawasan berhampiran, manakala operasi pemadaman dan kerja overhaul diteruskan,” kongsinya.

Tambahnya, keadaan di Dewan Serbaguna Likas dilaporkan sesak berikutan proses pendaftaran mangsa yang masih berlangsung.

“Susulan itu, Dewan Damai yang mempunyai kapasiti kira-kira 70 khemah atau mampu menempatkan lebih 100 keluarga turut dibuka sebagai PPS kedua.

“PPS disediakan untuk warga tempatan yang terjejas, selain itu kawalan turut dilaksanakan bagi memastikan tiada pembinaan struktur baharu di kawasan setinggan berkenaan.

“Pengamatan awal turut mendapati sebahagian penghuni kawasan rumah setinggan terbabit bukan penduduk tempatan,” jelasnya.

JPBN Sabah akan terus memantau perkembangan semasa termasuk jumlah mangsa berdaftar, keperluan di PPS serta pelaksanaan operasi pascabencana.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM