Tiga rentung dalam kebakaran 200 rumah atas air awal pagi Ahad

KOTA KINABALU – Tiga kanak-kanak ditemukan rentung dalam kebakaran besar membabitkan kira-kira 200 rumah setinggan atas air, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran pukul 1.40 pagi.

Katanya, kebakaran membabitkan kawasan penempatan tidak kekal merangkumi tiga kampung iaitu Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama.

“Pasukan Bomba menemui tiga mangsa iaitu dua daripadanya adik beradik, Mohd Asrul Abdullah, 6 tahun dan Nana Abdullah, 4 tahun serta Nurfarahdilah Mohd Tajihah, 8 tahun.

“Anggaran awal mendapati kawasan terjejas berkeluasan kira-kira 260 x 380 kaki persegi.

“Jumlah sebenar rumah yang terbabit serta status mangsa masih dalam proses pengesahan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, seramai 44 anggota terbabit dalam operasi berkenaan dengan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Tuaran dikerahkan ke lokasi.

“Jentera pertama tiba pada jam 1.54 pagi sebelum operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran sepanjang kira-kira 1,000 kaki dengan empat pancutan.

“Sumber air diperoleh daripada jentera bomba serta sumber air terbuka iaitu laut.

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan berhampiran pada jam 6.26 pagi,” kongsi kenyataan tersebut.

Tambahnya lagi, operasi pemadaman dan kerja overhaul masih dijalankan, selain pencarian mangsa yang belum ditemukan.

Operasi turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity (SE).

JBPM memaklumkan jumlah sebenar kediaman yang musnah dan maklumat lanjut mengenai mangsa akan dikemas kini selepas proses pengesahan selesai.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan