Ujub punca parti politik berjenama agama sukar terima pandangan berbeza – Pensyarah

SIKAP ujub atau merasakan diri sendiri sentiasa paling benar didakwa menjadi antara masalah yang menyebabkan wujud parti politik sukar menerima pandangan berbeza.

Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Sahul HM Al-Rawbari berkata, perkara itu bukan berpunca daripada tahap pendidikan atau kemampuan intelektual anggota parti berkenaan, sebaliknya berkait dengan sikap serta cara melihat diri dan kelompok sendiri.

Menurut beliau, ramai dalam kelompok berkenaan mempunyai pendidikan tinggi, termasuk latar belakang pengajian agama, selain terdiri daripada individu yang mempunyai kemampuan serta kedudukan ekonomi yang baik.

“Ramai mereka yang ada satu penyakit. Penyakit yang kami sendiri sempat sedar dan berubat.

“Penyakit itu namanya ujub. Merasa diri sendiri sentiasa betul. Paling pejuang, paling faham agama dan paling soleh,” katanya menerusi Facebook pada Sabtu.

Beliau mendakwa sikap berkenaan turut menyebabkan pandangan politik daripada pihak lain sukar diterima, termasuk pandangan tokoh agama yang mempunyai latar belakang keilmuan seperti mufti.

Katanya, dalam soal ijtihad politik, terdapat kecenderungan untuk menganggap pendirian kelompok sendiri sebagai paling tepat, manakala kerjasama politik dengan pihak lain pula hanya dianggap baik apabila kelompok mereka turut terlibat.

“Kerjasamalah dengan siapapun, dalil siap sedia untuk dipulas. Semua kerjasama politik tak baik, melainkan jika mereka ada bersama,” katanya.

Dr Sahul turut mengkritik apa yang didakwanya sebagai sikap tidak konsisten dalam menilai penggunaan bahasa kasar dan makian dalam politik.

Menurutnya, kata-kata yang dianggap biadab apabila digunakan oleh pemimpin atau penyokong pihak lain boleh pula dilihat sebagai luahan kemarahan apabila datang daripada kelompok sendiri.

Beliau turut menyentuh dakwaan berkaitan penggunaan hujah agama dalam menentukan pendirian politik, termasuk dakwaan bahawa seseorang perlu bersama parti tertentu untuk dianggap sebagai pengamal Ahlussunnah wal Jamaah yang benar.

Dalam aspek kenegaraan pula, beliau mendakwa terdapat kelompok yang mempertikaikan kewajipan mematuhi Perlembagaan Persekutuan atas alasan ia merupakan produk penjajah.

“Kalau orang lain komen jadi subversif, kalau pimpinan mereka, itu adalah jihad menentang taghut,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Sahul berkata, perbahasan mengenai akhlak dan adab juga sering dialihkan kepada isu lain yang tidak berkaitan dengan perkara asal.

Beliau menggunakan perumpamaan mengenai masalah ayam berak di dalam rumah yang menurutnya akan dialihkan kepada persoalan keadaan rumah atau isu lalat di tong sampah yang sudah lama tidak dibersihkan.

“Macam-macam lagi masalahnya. Tapi semuanya berpangkalan di hati. Hati yang merasakan diri sendiri sahaja yang paling betul,” katanya.

Beliau menegaskan, kritikan yang diketengahkan bukan bertujuan mempertikaikan tahap pendidikan atau kemampuan mana-mana individu, sebaliknya mengajak masyarakat menilai semula sikap dalam berbeza pandangan, khususnya apabila agama dan politik berada dalam ruang perbahasan yang sama.

“Ini bukan penyakit manusia, ini penyakit….” katanya lagi.

Related Posts

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya bukan seorang bapa yang ideal sepanjang perjalanan politiknya, sebaliknya menghargai pengorbanan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana banyak memainkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap