‎Kebakaran Numbak-Kira-kira 210 rumah terjejas, jumlah KIR masih disemak

KOTA KINABALU – Kira-kira 210 rumah dilaporkan terjejas dalam kebakaran besar membabitkan tiga kampung di Numbak, Sepanggar awal pagi tadi, namun jumlah sebenar mangsa masih dalam proses semakan.

‎Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Sabin Samitah berkata, angka berkenaan berdasarkan laporan awal polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), manakala semakan lanjut sedang dilakukan berdasarkan jumlah Ketua Isi Rumah (KIR).

‎“Berdasarkan laporan awal polis dan bomba, kira-kira 210 rumah terkesan tetapi jumlah sebenar masih dalam proses semakan berdasarkan bilangan KIR.

‎“Kita mahu memastikan semua mangsa dikenal pasti dan didaftarkan supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang terjejas,” katanya kepada media di tapak kebakaran Kampung Numbak, Sepanggar, pada Ahad.

Menurut Sabin, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka masing-masing di Likas dan Damai bagi menempatkan mangsa yang memerlukan tempat perlindungan.

‎”Mangsa yang tidak mempunyai tempat tinggal digalakkan berpindah ke PPS berkenaan, manakala mereka yang memilih tinggal bersama saudara-mara juga perlu mendaftar dengan urus setia.

‎”Pendaftaran itu penting bagi memastikan setiap keluarga terjejas direkodkan dan tidak tercicir daripada menerima bantuan.

‎“Mangsa yang mempunyai masalah kesihatan atau keperluan khas diminta memaklumkannya kepada urus setia supaya tindakan dapat diambil.

‎“Begitu juga bagi keluarga yang mempunyai anak bersekolah dan kehilangan pakaian, buku atau peralatan persekolahan. Maklumkan kepada urus setia supaya keperluan mereka dapat dikenal pasti,” tegasnya.

Dalam pada itu, Sabin berkata, kerajaan akan berusaha menyalurkan bantuan berdasarkan keperluan mangsa selepas maklumat lengkap mengenai keluarga terjejas diperoleh.

‎Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terbabit dalam operasi dan pengurusan mangsa termasuk JBPM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA serta komuniti setempat.

‎Pada masa sama, beliau menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa yang terjejas dalam tragedi berkenaan.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan