Lebih 29,000 pelajar, guru sertai Selawat Hour Peringkat Pahang 2026 secara hibrid

KUANTAN – Seramai 29,039 peserta terdiri daripada 26,051 murid dan 2,988 guru dari 140 buah sekolah di lapan daerah seluruh Pahang menyertai ‘Program Selawat Hour Peringkat Negeri Pahang 2026’ yang diadakan secara hibrid di Dewan Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Hilir, di sini, semalam.

Program anjuran bersama Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Kuantan dan dengan kerjasama SMK Lepar Hilir itu turut bersiaran langsung melalui saluran YouTube TVPSS SEMILIR bagi membolehkan penyertaan secara atas talian.

Pengarah Program yang juga Pengerusi PPIM Daerah Kuantan, Izam Nooraza Mohd Nor @ Abd Razak berkata, program yang julung kali diadakan secara hibrid itu adalah satu kejayaan kepada pasukan unit beruniform.

“Program ini memberi peluang kepada ribuan pelajar untuk mendapatkan markah Pentaksiran Jasmani, Sukan dan Kokurikulum penyertaan peringkat negeri selain menyemai kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW melalui amalan berselawat,” katanya yang juga Penolong Kanan Kokurikulum sekolah berkenaan.

Program PPIM itu berlangsung di bawah naungan Pengerusi PPIM Negeri Pahang, Tengku Datuk Nurul Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail.

Program berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu dirasmikan Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Muhammad Nazarul Hazwan Abdul Razak.

Turut hadir, Pengetua SMK Lepar Hilir, Mohd Haizam Ahmad, Pengerusi Persatuan Pandu Puteri Daerah Kuantan, Datin Firdaus Mohd Yatim dan Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Lepar Hilir, Mustaqim Zakaria.

Penyertaan secara atas talian melibatkan lapan daerah iaitu Kuantan, Pekan, Maran, Rompin, Jerantut, Bera, Bentong dan Raub.

Antara pengisian utama program ialah bacaan Selawat Maulid Ad-Dhiya Ul-Laami’ selama satu jam diketuai Kumpulan Nurul Huda Al-Hadi serta slot ceramah bertajuk ‘Di Sebalik Insan yang Bernama Muhammad – Cinta Rasulullah SAW Membentuk Generasi MADANI’ yang disampaikan Ustaz Jasrifuddin Puteh.

Menurut penganjur, program ini diadakan bagi menyemai dan menyuburkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW melalui amalan berselawat.

Ia juga menjadi wadah memperkukuh penghayatan nilai-nilai Islam, membentuk sahsiah terpuji serta meningkatkan kesedaran kepentingan menjadikan selawat sebahagian daripada kehidupan harian.

“Harapan kami, setelah berakhirnya majlis ini, amalan berselawat akan terus hidup di bibir pelajar dan program ini berjaya menyuburkan rasa cinta di hati kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan