‎Kebajikan mangsa kebakaran Numbak diberi keutamaan – Mustapha

KOTA KINABALU –  Kebajikan mangsa kebakaran yang memusnahkan lebih 200 rumah di tiga kampung di Numbak, Sepanggar awal pagi tadi akan diberi keutamaan dengan bantuan awal serta keperluan asas disalurkan kepada keluarga terjejas.

‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, kerajaan bersama agensi berkaitan akan menyelaras bantuan bagi memastikan keperluan mangsa dapat ditangani sebaik mungkin.

‎”Bantuan awal daripada pihak Parlimen Sepanggar termasuk makanan, minuman dan barangan keperluan asas, manakala sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak kemanusiaan turut akan diselaraskan.

‎“Kita akan pastikan kebajikan mangsa diberi perhatian. Mereka yang memerlukan tempat perlindungan digalakkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Likas dan Damai, terutama yang tidak mempunyai keluarga berdekatan.

‎“Bagi mereka yang memilih tinggal bersama keluarga atau saudara-mara, mereka juga perlu mendaftar dengan urus setia supaya kita mengetahui jumlah sebenar mangsa dan bantuan dapat disalurkan,” katanya kepada media selepas menyantuni mangsa serta melawat lokasi kebakaran di Kampung Numbak, Sepanggar, pada Ahad.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, satu pusat operasi sementara akan diwujudkan di lokasi bagi menyelaras keperluan kemanusiaan serta membantu proses pemindahan mangsa ke PPS.

‎Dalam pada itu, beliau turut memberi, perhatian khusus kepada anak-anak mangsa yang masih bersekolah bagi memastikan pendidikan mereka tidak terjejas akibat kehilangan pakaian seragam, buku teks dan kelengkapan persekolahan.

‎“Kita tidak mahu disebabkan kejadian ini, pendidikan anak-anak terhenti atau mereka tercicir.

‎“Kita akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan supaya anak-anak ini tetap dapat bersekolah walaupun pakaian seragam dan peralatan sekolah mereka musnah dalam kebakaran,” tegasnya.

‎Tambahnya, pihak Parlimen Sepanggar turut akan menyalurkan bantuan awal kepada keluarga tiga kanak-kanak yang terkorban, termasuk membantu urusan berkaitan jenazah sekiranya diperlukan.

Beliau turut menyeru keluarga yang masih kehilangan ahli keluarga supaya segera memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat.

‎Sementara itu, program sambutan Ambang Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan yang sepatutnya berlangsung di kawasan berkenaan hari ini dibatalkan selepas pihaknya menerima berita mengenai kejadian kebakaran.

‎Menurut Mustapha, tumpuan kini diberikan sepenuhnya kepada usaha menyantuni dan membantu keluarga terjejas.

‎Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Pejabat ADUN Karambunai, Pejabat Parlimen Sepanggar serta semua pihak yang membantu mangsa.

‎Kebakaran awal pagi tadi memusnahkan lebih 200 rumah membabitkan Kampung Lok Buta, Kampung Lok Poring dan Kampung Sabang Lama, selain mengorbankan tiga kanak-kanak.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM