Pahang tawar pinjaman beli motosikal tanpa faedah untuk pelajar IPT

KUANTAN – Kerajaan Pahang bakal menawarkan pinjaman pembelian motosikal tanpa faedah kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berusia antara 18 dan 21 tahun bermula tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cadangan tawaran pinjaman itu akan dibentangkan pada Belanjawan Pahang 2027 yang dijadualkan pada November atau Disember depan.

“Insya-Allah kerajaan negeri akan mengumumkan pinjaman pembelian motosikal tanpa faedah kepada pelajar IPT awam dan swasta pada pembentangan Belanjawan Pahang 2027.

“Kalau pinjaman RM4,000, itulah yang perlu dibayar sebagai satu galakan kepada anak kita yang belajar di institusi pendidikan tinggi,” katanya, lapor Berita Harian.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 Pahang di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, di sini hari ini.

Mengulas majlis penyampaian itu, beliau berkata, seramai 2,326 pelajar SPM, STAM dan STPM yang mencatat keputusan cemerlang pada 2025 menerima insentif berjumlah RM1,000 seorang.

Katanya, ia termasuk insentif tiga Anugerah Khas Peringkat Kebangsaan bagi STPM, manakala 13 sekolah menengah dan dua Kolej Tingkatan Enam turut menerima Anugerah Khas pencapaian STPM.

“Insentif ini sebagai penghargaan kepada pelajar dan mendoakan mereka akan mencapai kejayaan lebih baik selepas ini,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM