Rundingan kontrak baharu Kane-Bayern bermula

PENYERANG Bayern Munich, Harry Kane mengesahkan rundingan bagi melanjutkan kontraknya bersama juara Jerman itu sudah bermula, dengan perjanjian sedia ada akan berakhir pada tahun 2027.

Bercakap kepada pemberita selepas Bayern membelasah Stuttgart 5-1 pada aksi pembukaan Bundesliga di laman sendiri, Kane berkata, rundingan mengenai lanjutan kontrak sudah dimulakan.

“Pertemuan pertama bermula minggu lalu,” kata Kane.

Penyerang berusia 33 tahun itu antara calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or, yang bakal disampaikan di bandar kelahirannya, London, pada Ogos ini.

Kane berkata, masih terdapat ‘banyak perkara terperinci’ yang perlu dibincangkan, namun berharap dapat meneruskan kariernya bersama Bayern selepas menyertai kelab itu daripada kelab zaman kanak-kanaknya, Tottenham Hotspur, pada tahun 2023.

“Saya berusia 33 tahun. Ini mungkin bukan kontrak terakhir saya, tetapi ia adalah kontrak besar untuk saya tandatangani.

“Mereka perlu memastikan saya gembira. Sudah tentu, mereka juga perlu memastikan mereka gembira… Tiada tekanan daripada mana-mana pihak.

“Saya pasti kami akan mencapai tahap di mana kedua-dua pihak berpuas hati,” katanya.

Bayern berulang kali menyatakan hasrat untuk melanjutkan kontrak Kane bersama kelab itu, yang dijadual berakhir pada penghujung musim ini.

Kapten England itu menjaringkan 36 gol dalam 31 perlawanan Bundesliga musim lalu, rekod ketiga tertinggi dalam satu kempen liga utama Jerman, selain membantu Bayern memenangi gelaran liga dan piala.

Secara keseluruhan, Kane menjaringkan 73 gol untuk kelab dan negara musim lalu, termasuk enam gol pada Piala Dunia ketika England mara ke separuh akhir.

Related Posts

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan