Budaya buli, samseng, sikap sombong tidak boleh diberi ruang di sekolah – Anwar

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu budaya buli, samseng dan sikap sombong dihentikan di sekolah serta tidak diberi ruang dalam institusi pendidikan negara

Anwar berkata, tidak sepatutnya ada pelajar yang menggunakan kekuatan atau kedudukan untuk membuli pelajar lain kerana mereka yang berada di sekolah hari ini bakal menjadi pemimpin pada masa depan.

“Tak ada tempat bagi sekolah-sekolah kita melayani orang-orang yang sombong, yang buli kerana dia kuat sedikit, dia buli orang. Jangan tolak ansur kepada orang seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat MADANI di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, guru dan pensyarah juga perlu memainkan peranan dalam memastikan budaya berkenaan tidak dibiarkan berlarutan kerana ia berkait rapat dengan usaha membentuk adab dan akhlak generasi muda.

“Saya nak bagi ingatan pada anak-anak. Kepada guru-guru, kepada pensyarah. Bila kita mula tolak ansur, negara kita dan masa depan tidak akan terjamin.

“Kita nak bentuk adab tetapi akhlak tidak dijaga, nilai tidak murni,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, walaupun terdapat kes buli yang dilaporkan, perkara itu tidak seharusnya menggambarkan keseluruhan pelajar di sekolah.

Beliau berkata, daripada jumlah pelajar yang ramai, hanya sebilangan kecil mungkin terlibat dalam masalah berkenaan, namun kes itu sering mendapat perhatian.

“Kadang-kadang kita baca ini ada 1,000 pelajar masuk sekolah. Yang teruk buli empat orang. Dalam media cerita empat orang. Dia tak cerita 960 orang itu.

“Jadi bukanlah maksud saya nak besarkan ini cerita empat orang. Tapi saya nak bagi tahu jangan kita isi. Kita mesti bawa budaya baru,” katanya.

Anwar berkata, budaya baharu itu perlu dibentuk bukan sahaja dalam institusi pendidikan, malah dalam dunia politik supaya amalan menghina dan memaki orang lain dapat dihentikan.

“Dalam dunia politik, pendidikan, yang kerja hina orang, maki orang tak ada. Jadi kita kena hentikan perkara ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan pendidikan tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada pencapaian ilmu, sebaliknya perlu menggabungkan ilmu dengan adab dan akhlak.

Katanya, pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh, menjaga disiplin, menghormati ibu bapa, guru dan pensyarah serta membina hubungan kasih sayang sesama manusia.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

  • By Ezmie
  • August 30, 2026
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM