Program Skuad Junior Zon Sarawak 2026 perkasa murid sebagai ejen perubahan

KUCHING – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memperkukuh pendidikan pencegahan dadah peringkat sekolah melalui penganjuran Majlis Penganugerahan Skuad Junior Zon Sarawak 2026 pada Jumaat.

Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, Zamzaitul Akmal Hisham Ahmad yang mengiktiraf peranan murid sebagai ejen perubahan. 

Katanya, acara penutup menjadi kemuncak kepada Bengkel Training of Trainers (ToT) yang disertai 24 guru dari enam Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Kerjasama strategik antara KPM dengan AADK melalui Skuad Junior menjadi manifestasi usaha memperkukuh pendidikan pencegahan dadah secara sistematik, berterusan dan berimpak,” katanya.

Bengkel tiga hari tersebut turut mendapat kerjasama daripada Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Mahani Hassan serta barisan fasilitator dari pelbagai negeri. 

Zamzaitul menambah, inisiatif pencegahan ini menuntut pendekatan menyeluruh serta elemen kreatif menerusi media, seni dan kesukarelawanan bagi menarik minat generasi muda.

Penganugerahan sukarelawan itu, tambahnya, diharap mampu membina rangkaian kepemimpinan murid yang utuh bagi mempengaruhi rakan sebaya ke arah gaya hidup sihat dan bebas dadah.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM