Kemerdekaan perlu diisi dengan amanah, integriti – UNIMAP

PAUH PUTRA – Kemerdekaan tidak seharusnya dilihat sekadar warisan untuk dinikmati, sebaliknya perlu diisi dengan amanah, integriti dan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Prof Datuk Dr Zaliman Sauli berkata, perjuangan mengisi kemerdekaan pada masa kini perlu diterjemahkan melalui usaha memastikan institusi yang diwarisi terus kukuh, berdaya tahan dan relevan dengan keperluan negara.

Menurutnya, warga universiti tanpa mengira jawatan atau bidang tugas berkongsi amanah sama dalam memastikan UNIMAP terus bergerak maju serta memberikan yang terbaik kepada negara.

“Jika generasi terdahulu berjuang membebaskan tanah air, perjuangan kita hari ini adalah memastikan institusi yang kita warisi terus kukuh, berintegriti, berdaya tahan dan relevan kepada keperluan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Canselori dan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-69 Peringkat UNIMAP 2026 di Dataran Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UNIMAP Pauh Putra.

Zaliman turut menyeru warga Canselori supaya tidak melihat tugasan harian sebagai rutin semata-mata, sebaliknya menjadikan setiap tanggungjawab sebagai amanah yang memberi kesan langsung kepada kecemerlangan universiti.

“Meja kita ialah medan amanah. Jawatan kita ialah tanggungjawab dan kualiti kerja kita ialah cerminan UNIMAP,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa warga Canselori supaya terus membudayakan integriti, profesionalisme dan kecekapan selain sentiasa mencari ruang untuk menambah baik cara kerja serta penyampaian perkhidmatan.

Katanya, kekuatan pentadbiran UNIMAP bukan hanya terletak pada kepimpinan tertinggi, sebaliknya bergantung kepada setiap individu yang melaksanakan amanah masing-masing dengan bersungguh-sungguh.

Mengulas penghayatan kemerdekaan dalam konteks pekerjaan, Zaliman berkata, kemerdekaan turut membawa makna keberanian untuk memperbaiki kelemahan, meninggalkan amalan yang tidak lagi berkesan serta mencipta penyelesaian baharu.

Beliau berkata, semangat patriotisme juga tidak seharusnya terbatas kepada pengibaran Jalur Gemilang, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui cara setiap warga universiti melaksanakan tugas.

“Jangan hanya kita kibarkan Jalur Gemilang di bangunan universiti. Kibarkan semangat kemerdekaan melalui cara kita bekerja.

“Jadikan kemerdekaan sebagai sumber inspirasi untuk bekerja dengan lebih berkualiti, mentadbir dengan lebih berintegriti dan berkhidmat dengan lebih ikhlas,” katanya.
Perhimpunan itu turut menyaksikan penyerahan Bendera Malaysia, bacaan Ikrar Rukun Negara serta penyerahan insentif kepada atlet Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) yang berjaya mengharumkan nama UNIMAP.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM