Polis tahan bapa saudara mangsa susulan kematian kanak-kanak di Sibu

SIBU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai dikelar pada bahagian leher oleh bapa saudaranya dalam satu kejadian di Jalan Rantau Panjang Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.45 petang.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 49 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan beberapa barang kes turut dirampas di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abang Zainal Abidin berkata, suspek turut didapati positif amfetamin dan metamfetamina selepas menjalani saringan awal.

Suspek direman selama enam hari sehingga 4 September bagi membantu siasatan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga siasatan selesai.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan