IPU Sri Aman sangat tidak sihat – JAS

KUALA LUMPUR – Kawasan Sri Aman, Sarawak mencatatkan kauliti udara sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pecemar Udara (IPU – 221), sekitar jam 9 pagi tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, kualiti udara dalam negara didapati merosot pada hari ini.

Menurutnya, beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat.

“Berdasarkan imej satelit National Oceanis Atmospheric Administration (NOAA) 20.

“Terdapat 1,738 titik panas dikesan di Kalimantan, Indonesia; 36 titik panas di Sumatera, Indonesia dan titik panas di dalam negara iaitu satu si sabah dan lima di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook JAS.

Azuri Azizah berkat, bacaan IPU di negara ini mencatatkan sebanyak 28 kawasan dengan bacaan pada tidak sihat dan satu kawasan pada IPU sangat tidak sihat (Sri Aman, Sarawak)

Katanya, Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), semalam menunjukkan keadaan cuaca kering berterusan di kebanyakkan kawasan rantau ASEAN selatan

Jelasnya, JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari masa ke semasa.

“Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan bagi menyelaras tindakan-tindakan agensi Kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara,” katanya.

Tambahnya, semua pemilik tanah dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan-kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri serta mengambil langkah-langkah untuk mencegah.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Foto: Utusan Borneo

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana