Pembangunan negara perlu disokong generasi muda berilmu, berdisiplin – Anwar

BATU KAWAN – Pembangunan ekonomi dan kemajuan teknologi sahaja belum memadai untuk menentukan kejayaan sesebuah negara kerana ia perlu diseimbangkan dengan usaha membentuk generasi muda berilmu, berdisiplin dan mempunyai nilai murni, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sistem pendidikan perlu berperanan melahirkan generasi yang bukan sahaja menguasai ilmu, malah mempunyai semangat untuk berbakti serta rasa tanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat dan negara.

“Apa erti pembangunan, apa erti kejayaan negara kalau anak-anak kita tidak diasak dengan semangat, didikan, disiplin, kasih sayang. Sebab itu, anak-anak harus ada semangat sedemikian.

“Untuk apa kita menimba ilmu di sekolah, pusat pengajian dan universiti, ia untuk menjadi manusia berilmu dan berakhlak mulia (yang) mampu berbakti kepada masyarakat, ibu bapa dan juga kepada negara. Ini budaya yang harus dipupuk,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika merasmikan Jambori Pengakap Malaysia ke-15 (MYJAM15) di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Ketua Pengakap Negara Datuk Profesor Dr Mohd Zin Bidin.

Mengulas cabaran generasi muda dalam era perkembangan teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI), Anwar berkata kemajuan berkenaan perlu diseimbangkan dengan penghayatan terhadap nilai, budaya dan warisan negara.

Beliau berkata generasi muda perlu mempunyai keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan serta cabaran baharu, tanpa mengabaikan asas budaya dan nilai yang membentuk jati diri masyarakat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan kepentingan perpaduan dalam kepelbagaian sebagai asas penting dalam pembentukan generasi yang bakal menerajui negara.

Katanya, golongan muda perlu disiapkan dengan nilai kebersamaan dan semangat cintakan negara bagi memastikan keharmonian masyarakat terus dipelihara.

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2026, Anwar turut menyeru generasi muda supaya terus menyemarakkan semangat patriotisme selain mempersiapkan diri menghadapi pelbagai cabaran pada masa hadapan.

MYJAM15 yang berlangsung mulai hari ini hingga 4 Sept menghimpunkan lebih 5,450 pengakap tempatan dan antarabangsa dari 11 negara, termasuk Korea Selatan, Indonesia, Singapura dan Sri Lanka.

Penganjuran kali ini turut mencatat sejarah apabila Pulau Pinang kembali menjadi tuan rumah selepas 60 tahun, sejak negeri itu menganjurkan jambori berkenaan buat kali pertama di Teluk Bahang pada 1966.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

KOTA KINABALU – Sebanyak 202 rumah terjejas manakala 134 mangsa daripada 40 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan kebakaran besar membabitkan perkampungan atas air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

  • By Ezmie
  • August 30, 2026
Kebakaran Kg Numbak: 202 rumah terjejas, 134 mangsa dipindahkan ke PPS

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

USIM perkasa ilmu turath, lantik Sheikh Wazir Che Awang Al-Makki Profesor Adjung

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Doktor tak perlu lagi selak fail, RM1 bilion perkasa rekod perubatan digital – Fahmi

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM

Geran Sejahtera MADANI RM200 juta bagi peniaga kecil – PM