Kuasai bahasa Melayu, perkukuh bahasa lain demi peluang lebih luas – PM

PERMATANG PAUH – Penguasaan bahasa Melayu perlu menjadi asas kepada rakyat, namun kemahiran dalam bahasa lain wajar terus diperkasakan bagi membuka lebih banyak ruang dalam bidang pendidikan dan ekonomi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, usaha memperkukuh bahasa kebangsaan tidak bermaksud masyarakat perlu mengetepikan bahasa antarabangsa atau bahasa lain yang mempunyai kepentingan dalam kehidupan seharian serta perkembangan ekonomi.

Katanya, rakyat khususnya generasi muda perlu melihat penguasaan pelbagai bahasa sebagai kelebihan yang dapat meningkatkan potensi diri dan daya saing pada masa hadapan.

“Kita juga tahu bahasa Inggeris merupakan bahasa yang berkembang sebagai bahasa penting di dunia, maka sistem kita harus menerima, bukan menggantikan bahasa Melayu tetapi complement (melengkapi),” kata beliau ketika berucap pada Program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, di sini hari ini.

Anwar berkata, penguasaan bahasa Mandarin turut mempunyai nilai ekonomi yang semakin besar memandangkan bahasa itu digunakan secara meluas dalam urusan perdagangan dan ekonomi di rantau ini.

Pada masa sama, katanya, rakyat juga wajar diberi peluang mempelajari bahasa Tamil serta bahasa lain sebagai sebahagian daripada usaha memperkayakan kemahiran komunikasi dan pengetahuan.

“Ia bukan satu zero-sum game. Saya galakkan anak-anak menguasai bahasa Cina dengan syarat penguasaan bahasa Melayu mereka mestilah cukup baik. Mempelajari bahasa rantau ini tidak merugikan.

“Memastikan kepentingan dan masa depan sendiri terjamin merupakan satu keperluan ekonomi. Ia bukan dilakukan dengan mengorbankan kepentingan bahasa Inggeris …, sebaliknya untuk memberi peluang yang lebih luas bagi meningkatkan dan mengembangkan potensi anda,” kata beliau.

Dalam pada itu, Anwar menyeru rakyat supaya mengelakkan sebarang tindakan atau percakapan yang boleh mencetuskan perselisihan antara kaum kerana keharmonian yang dikecapi negara memerlukan komitmen semua pihak.

Beliau berkata, perpaduan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang terjamin selama-lamanya tanpa usaha untuk memeliharanya secara berterusan.Menurutnya, masyarakat perlu membudayakan sikap saling menghormati, menyayangi dan membantu antara satu sama lain supaya tidak wujud golongan yang berasa tersisih daripada arus pembangunan.

Anwar berkata, prinsip keterangkuman perlu terus menjadi asas dalam pembangunan negara supaya manfaat kemajuan dapat dinikmati bersama oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaum.

Related Posts

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin