Wisma Putra pantau 24 jam usaha kesan rakyat Malaysia di Nepal

SEREMBAN – Wisma Putra mengaktifkan bilik gerakan selama 24 jam bagi memantau perkembangan bencana banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet, termasuk usaha mengesan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkembangan terbaharu berkaitan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan akan dikongsikan kepada keluarga mereka menerusi sesi taklimat yang dijadualkan berlangsung esok.

Katanya, Wisma Putra sentiasa berhubung dengan Kementerian Luar Nepal, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi berkaitan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi di lokasi kejadian.

“Sekiranya keluarga berkenaan mahu ke Nepal, kami akan cuba menguruskan perjalanan mereka, namun akses ke lokasi kejadian atau ‘ground zero’ adalah sukar berikutan masalah perhubungan dan jambatan yang terputus,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih di Taman Kelab Tuanku, Mambau, di sini, lewat petang tadi.

Mohamad berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu turut menyalurkan laporan perkembangan kepadanya setiap hari, selain menerima tambahan kakitangan bagi membantu menguruskan keperluan rakyat Malaysia yang terjejas.

Menurutnya, terdapat perkembangan positif apabila sebahagian individu yang sebelum ini dikategorikan sebagai hilang sudah berjaya dihubungi.

“Banyak juga sekarang ini yang sebelum ini dikategorikan hilang tetapi sudah dapat dihubungi.”Pihak China kata ada beberapa orang di sebelah sana yang sudah dapat dihubungi, namun belum dipastikan kewarganegaraan mana,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, kerajaan Nepal tidak meminta bantuan penghantaran pasukan mencari dan menyelamat (SAR) antarabangsa berdasarkan keupayaan negara itu mengendalikan operasi seumpama ketika gempa bumi di Kathmandu beberapa tahun lalu.

Sebaliknya, katanya, Nepal memerlukan sokongan dalam bentuk sumbangan kewangan bagi membantu usaha bantuan bencana yang sedang dijalankan.

“Sebaliknya, Nepal meminta negara-negara yang mahu membantu supaya menyalurkan sumbangan kewangan bagi menyokong usaha bantuan.

“Memang mereka memerlukan sumbangan kewangan, bahkan Bank Dunia pun sudah mengeluarkan kenyataan untuk membantu Nepal,” katanya.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, wakil pejabatnya bersama pegawai bilik operasi akan menghadiri pertemuan media dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur esok.

Pertemuan itu akan menjadi saluran bagi memberikan penjelasan lanjut serta menjawab pertanyaan mengenai perkembangan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dikesan dalam bencana berkenaan.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan