PM dijangka umum beberapa perkara berkaitan Sabah esok – Mustapha

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa amanat sempena sambutan Hari Kebangsaan esok, termasuk perkara yang dinanti-nantikan rakyat Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, antara perkara yang sedang dalam proses ialah pewartaan bayaran interim RM1.5 bilion agar ia menjadi bayaran tahunan buat sementara waktu.

“Insya-Allah esok Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa perkara. Kita tunggulah apa pengumuman tersebut.

“Antara yang telah disebut sebelum ini adalah bayaran interim RM1.5 bilion. Yang itu kita dalam proses untuk wartakan supaya ia menjadi bayaran tahunan interim buat masa ini sehingga ia ditingkatkan lagi pada tahun-tahun mendatang,” katanya semasa ditemui selepas Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M di Masjid Al-Ikhwan, Taman Kuala Menggatal, pada Sabtu.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, beberapa isu yang dekat dengan rakyat Sabah dan Sarawak turut disuarakan kepada Kerajaan Persekutuan, termasuk kenaikan harga tiket penerbangan dan kuota diesel.

“Kita sudah suarakan antaranya masalah tiket penerbangan yang semakin tinggi, isu kuota diesel juga kita suarakan.

“Jadi kita harap pihak Kementerian Kewangan dan kerajaan akan menimbangkan suara-suara rakyat ini untuk diperbaiki mengikut keadaan ekonomi semasa negara,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata kepentingan Sabah dan Sarawak turut dibawa dari semasa ke semasa untuk perhatian Kabinet, termasuk menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

“Saya sendiri suarakan di peringkat Kabinet tentang suara-suara daripada Sabah dan juga Sarawak ini.

“Kita ada beberapa lagi; esok sempena Hari Kebangsaan, kita ada lagi Hari Malaysia pada 16 September nanti di Sarawak.

“Mungkin ada juga yang akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan akhirnya masa pembentangan Belanjawan 2027. Jadi sama-sama kita tunggu,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan