Festival Air Sibu Jaya satukan masyarakat pelbagai kaum

SIBU – Penganjuran Festival Air Sibu Jaya terbukti menjadi wadah berkesan dalam menyatukan masyarakat pelbagai kaum dan memperkukuh hubungan kekeluargaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendekatan berasaskan komuniti merupakan kekuatan utama acara berkenaan. 

Menurut beliau, masyarakat daripada pelbagai kaum, termasuk Dayak, Melayu, Melanau dan Cina, dapat bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan menerusi Festival Air Sibu Jaya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada acara tersebut pada Sabtu.

“Antara perkara yang paling menarik mengenai Festival Air Sibu Jaya ialah konsepnya yang berasaskan komuniti,” katanya.

Sambutan penganjuran festival di Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim itu merekodkan peningkatan dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung pada tahun ini.

Penglibatan meluas orang ramai menunjukkan program sebegini kekal sebagai platform berkesan untuk mengeratkan kemesraan penduduk setempat.

Foto: Facebook YB Karim

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India