Tanah perkuburan semakin terhad, tapak baharu jadi keutamaan di Sepanggar

KOTA KINABALU – Keperluan menyediakan tapak tanah perkuburan baharu menjadi antara keutamaan di Parlimen Sepanggar susulan pertambahan penduduk dan ruang perkuburan sedia ada yang semakin tidak mencukupi.

Ahli Parlimennya, Datuk Mustapha Sakmud berkata, usaha mengenal pasti tapak bersesuaian sedang dilakukan, namun kekangan utama adalah mendapatkan tanah yang sesuai.

“Ini pun sudah kita bincang untuk mencari tapak yang sesuai. Kita maklum masyarakat di Parlimen Sepanggar semakin bertambah dan tanah-tanah perkuburan sudah tidak mencukupi.

“Jadi, perkara ini juga menjadi keutamaan kita di Parlimen Sepanggar. Cuma kekangan kita ialah mencari ruang tanah, terutama untuk kawasan perkuburan yang sedang kita usahakan,” katanya semasa ditemui media selepas Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M di Masjid Al-Ikhwan, Taman Kuala Menggatal, pada Sabtu.

Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) berkata, keperluan kemudahan masyarakat di Taman Kuala Menggatal turut mendapat perhatian termasuk permintaan untuk mewujudkan sebuah dewan bagi kegunaan penduduk setempat.

Jelasnya, tapak bagi kemudahan tersebut telah diwartakan dan beliau sedang mendapatkan peruntukan sama ada menerusi Kampung Angkat MADANI atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

“Ada permintaan daripada jawatankuasa masjid untuk mewujudkan sebuah dewan bagi kegunaan masyarakat sekitar. Yang ini kita akan teliti.

“Yang penting tapaknya sudah diwartakan dan saya sendiri akan cuba mendapatkan peruntukan. Mungkin sebagai permulaan, kita boleh wujudkan dewan terbuka untuk kegunaan masyarakat sekitar dahulu,” kongsinya.

Tambahnya, masalah kekurangan tempat letak kenderaan di Taman Kuala Menggatal juga akan diteliti memandangkan kawasan berkenaan mempunyai ruang yang agak terhad.

Terdahulu, hampir 400 peserta termasuk golongan muda dan masyarakat setempat menyertai Sambutan Maulidur Rasul berkenaan yang memasuki tahun ketiga penganjurannya di Parlimen Sepanggar.

“Insya-Allah kita akan teruskan program ini untuk tahun-tahun ke hadapan di lokasi lain di Parlimen Sepanggar.

“Saya berharap sambutan Maulidur Rasul dapat meningkatkan kesedaran generasi muda untuk mengenali, menghayati dan mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian,” katanya.

Related Posts

Sekolah pedalaman bukan penghalang untuk berjaya – Ahmad Johnie

MATU – Kedudukan sekolah di kawasan pedalaman bukan alasan untuk pelajar mengehadkan cita-cita atau menganggap kejayaan sukar dicapai, sebaliknya pendidikan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membina masa depan lebih baik.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
258 mangsa kebakaran ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Tawau

TAWAU – Seramai 258 mangsa daripada 68 keluarga terjejas dalam kejadian kebakaran di Lorong Mat Salleh Batu 2 Jalan Apas ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Tawau, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sekolah pedalaman bukan penghalang untuk berjaya – Ahmad Johnie

Sekolah pedalaman bukan penghalang untuk berjaya – Ahmad Johnie

258 mangsa kebakaran ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Tawau

  • By Fatin
  • October 17, 2026
258 mangsa kebakaran ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Tawau

Nik Nazmi direhatkan tiga bulan daripada aktiviti Bersama susulan kes khalwat

Nik Nazmi direhatkan tiga bulan daripada aktiviti Bersama susulan kes khalwat

Depot imigresen sesak, kapasiti 20,000 tertekan akibat operasi berterusan

Depot imigresen sesak, kapasiti 20,000 tertekan akibat operasi berterusan

Sarawak peruntuk RM650 juta SKAS 2027 bantu ringankan kos sara hidup

Sarawak peruntuk RM650 juta SKAS 2027 bantu ringankan kos sara hidup

PKR pertaruh calon berpengalaman, anak muda dan wanita di PRN Melaka – Amirudin

PKR pertaruh calon berpengalaman, anak muda dan wanita di PRN Melaka – Amirudin